Buat julung kalinya, tahun ini aku berkesempatan membawa stafku dan para pelajar tajaan JPM yang belajar di CMHCC berbuka puasa di Restoran Oriental, Sabrina Court Kota Bahru. 5 meja kesemuanya aku tempah, menu pula, asalnya lima, tetapi setelah diberi hadiah percuma oleh pihak Oriental, dapatlah kami semua tambahan Oyster Pancake. Memandangkan, daerah Bachok terletak agak jauh dari KB, maka seawal pukul 6 petang lagi aku arahkan semua pelajar berkumpul di hadapan CMHCC. Tepat jam 6.30 petang, berkonvoilah kami semua ke Oriental, sampai di Kubang Kerian, jalan sedikit sesak, bimbang juga jika terpaksa berbuka di dalam kereta dahulu, sementelah aku pun tidak membawa bekalan kecemasan untuk berbuka, mujurlah sesaknya hanya seketika. Kami selamat sampai di Oriental kira-kira 10 minit lagi untuk berbuka dengan disambut oleh Cik Sally yang peramah dan manis orangnya.
Meja kesemuanya penuh, bukan sahaja dengan pelajar dan stafku, tetapi juga dengan makanan! Harap-harap habislah ya... Saat azan berkumandang, masing-masing menadah tangan mengucap syukur ke hadrat-Nya, kemudian semuanya menjamu selera. Kebanyakan para pelajar ini mereka datang daripada anak-anak kampung di kawasan tempat tinggalku. Terharu juga apabila ada yang agak kekok untuk merasa makan di Oriental ini. Tetapi, aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku berjaya membawa mereka merasa satu suasana yang mungkin tidak pernah mereka alami selama ini. Di mejaku, aku makan bersama-sama dengan keluargaku, dan 2 orang staf, Din dan Fadli. Manakala Ana, Wani dan Kay makan bersama-sama dengan pelajar yang lain.
Sesudah menjamu selera, aku bingkas bangun untuk bertanya khabar tentang makanan sama ada cukup atau tidak, meja pelajar lelaki....Bagus...licin semuanya, pelajar perempuan pula...ada yang langsung tidak terusik lauknya. Tidak sedapkah? Rupa-rupanya ramai yang tidak pernah makan makanan Cina ini..(Restoran Oriental ini pegkhususan dia Makanan Cina). Mujurlah pelajar lelaki gagah dan kuat makan belaka, merekalah yang menyelamatkan lauk-pauk pada hari itu daripada menangis kerana terbazir begitu saja! Selebihnya, Cik Sally yang manis itu, membungkuskannya untuk aku makan sahur katanya:)
Sesudah solat Maghrib, kami semua berangkat pulang ke Bachok, dan Alhamdulillah semuanya selamat sampai di rumah masing-masing sebelum pukul 10 malam. Ini antara beberapa gambar yang sempat aku dan Mansur(pelajar) ambil sebelum dan sesudah kami semua menjamu selera. Seperti biasa, gambar aku kebiasaannya memang tidak ada. Bukan tidak mahu bergambar, tetapi asyik melayan & mengurus mereka, akhirnya terlupa
Tuesday, September 15, 2009
Saturday, September 5, 2009
Bacaan Menarik Di Bulan Ramadan - Lautan Al-Fatihah
Hari ini genap 15 hari kita berpuasa. Kadangkala, dibulan ini keletihan membuatkan kita banyak menghabiskan masa duduk di atas sofa sambil mata meliar ke arah televisyen. Didalam Islam, 10 hari terakhir sebelum puasa, kita digalakkan lebih banyak beramal ibadat daripada biasanya kerana salah satu daripada hari tersebut akan datangnya malam yang tersangat mulia, Lailatul Qadar.
Lalu buku ini aku rasa amat sesuai dibaca pada bulan ini agar kita semua tidak terlepas peluang keemasan ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Buku karya Khalid al-Jundi, iaitu seorang ulama Al-Azhar ini ada menyatakan bahawa pada malam Qadar(lailatul qadar), nasib masing-masing dari kita ditentukan untuk tahun berikutnya. Ini bersandarkan dari Firman Allah s.w.t, "Pada malam itu, turun malaikat-malaikat beserta malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan." (al-Qadr:4). Doa kita
mampu mengubah qada' dan qadar yang telah tertulis. Tetapi doa itu haruslah ada tertibnya, tidak boleh doa yang hanya ditadah sewaktu dalam kesusahan sahaja, tetapi lebih dari itu. Antaranya ialah dengan menghayati makna yang tersirat didalam surah al-Fatihah itu sendiri.
Walaupun buku ini tidaklah secara 100% menghuraikan tentang malam Lailatul Qadar, tetapi penjelasan serta huraian dan contoh berdasarkan daripada surah al-Fatihah, iaitu surah pertama yang diturunkan, mampu memberikan kita kefahaman mengapa dan bagaimana untuk kita mengejar malam tersebut.Buku ini telah berjaya menjelaskan dengan selengkap-lengkapnya 7 ayat unggul yang terkandung didalam surah tersebut, yang paling penting, huraian yang diberikan itu adalah secara mudah untuk kita fahami.
Sesudah membaca buku ini, aku semakin seronok setiap kali solat, aku merasakan seolah-olah diriku sedang berbicara dengan Allah s.w.t kerna setiap ayat didalam surah al-Fatihah itu membawa satu mesej yang cukup sempurna buat diri seseorang yang namanya Muslim. Buat yang berminat untuk mendapat buku bertajuk Lautan Al-Fatihah ini, apa kata anda berjalan-jalan di kedai buku di sekitar Jalan Masjid India ataupun boleh melayari laman sesawang penerbit yang telah menterjemah karya agung ini iaitu Penerbit Akbar .
Akhir kata, marilah kita sama-sama renungi kata-kata penuh bermakna oleh Imam asy-Syafi'i
yang terkandung didalam buku ini,
"Apakah Anda meremehkan doa dan merendahkannya
padahal Anda samasekali tidak tahu apa yang diperbuat oleh doa
panah malam tidak pernah salah
namun ia mempunyai batas waktu
dan batas waktu memiliki perubahan."
Selamat Membaca.
Lalu buku ini aku rasa amat sesuai dibaca pada bulan ini agar kita semua tidak terlepas peluang keemasan ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Buku karya Khalid al-Jundi, iaitu seorang ulama Al-Azhar ini ada menyatakan bahawa pada malam Qadar(lailatul qadar), nasib masing-masing dari kita ditentukan untuk tahun berikutnya. Ini bersandarkan dari Firman Allah s.w.t, "Pada malam itu, turun malaikat-malaikat beserta malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan." (al-Qadr:4). Doa kita
mampu mengubah qada' dan qadar yang telah tertulis. Tetapi doa itu haruslah ada tertibnya, tidak boleh doa yang hanya ditadah sewaktu dalam kesusahan sahaja, tetapi lebih dari itu. Antaranya ialah dengan menghayati makna yang tersirat didalam surah al-Fatihah itu sendiri.Walaupun buku ini tidaklah secara 100% menghuraikan tentang malam Lailatul Qadar, tetapi penjelasan serta huraian dan contoh berdasarkan daripada surah al-Fatihah, iaitu surah pertama yang diturunkan, mampu memberikan kita kefahaman mengapa dan bagaimana untuk kita mengejar malam tersebut.Buku ini telah berjaya menjelaskan dengan selengkap-lengkapnya 7 ayat unggul yang terkandung didalam surah tersebut, yang paling penting, huraian yang diberikan itu adalah secara mudah untuk kita fahami.
Sesudah membaca buku ini, aku semakin seronok setiap kali solat, aku merasakan seolah-olah diriku sedang berbicara dengan Allah s.w.t kerna setiap ayat didalam surah al-Fatihah itu membawa satu mesej yang cukup sempurna buat diri seseorang yang namanya Muslim. Buat yang berminat untuk mendapat buku bertajuk Lautan Al-Fatihah ini, apa kata anda berjalan-jalan di kedai buku di sekitar Jalan Masjid India ataupun boleh melayari laman sesawang penerbit yang telah menterjemah karya agung ini iaitu Penerbit Akbar .
Akhir kata, marilah kita sama-sama renungi kata-kata penuh bermakna oleh Imam asy-Syafi'i
yang terkandung didalam buku ini,
"Apakah Anda meremehkan doa dan merendahkannya
padahal Anda samasekali tidak tahu apa yang diperbuat oleh doa
panah malam tidak pernah salah
namun ia mempunyai batas waktu
dan batas waktu memiliki perubahan."
Selamat Membaca.
Labels:
Buku
Saturday, August 29, 2009
Kembali Menulis...dari Gok Kambing
Lama aku tidak menulis disini. Semenjak disahkan hamil anak ke5, Julai yang lalu. Aku tidak lagi mampu lama untuk menatap monitor komputer, serasa pipi ini panas sungguh kesan pantulan haba komputer!Tetapi hari ini aku mendapat semangat baru...kerana hari ini aku menulis bukan di meja kerjaku, sebaliknya hari ini aku menulis di bawah kandang kambingku! Angin disini sepoi-sepoi bahasa, pohoh-pohon menghijau disekelilingku seolah-olah memberiku sokongan dengan mengeluarkan oksigen yang begitu nyaman buatku. Wah...sejuknya memang lain daripada bantuan penghawa dingin dibilikku. Busuk? Terima kasih kepada cacing-cacing didalam tanah, kerana dengan bantuan mereka menguraikan sisa buangan kambing, maka keadaannya lebih kurang sama dengan tempat lain(baunya!), malah aku rasa lebih baik daripada bau busuk Sungai Segget di bandar Johor Bahru tempat lahirku. Tapi, aku digigit pacat tadi! Ha...yang itu dekat Johor Bahru memang tak ada! 

Menulis sambil ditemani Aisar, dibawah pohon nyiur
Hari ini genap 7 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, syukur didalam keadaan mabuk dan sering letih, aku masih lagi mampu meneruskan ibadat puasaku ini. Namun apa yang paling membuatkan aku gembira ialah Alia dan Asif juga turut sama menahan diri daripada lapar dan belum meninggalkan puasa mereka lagi setakat hari ini.
Kebetulan bulan puasa kali ini, jatuhnya sama dengan cuti persekolahan, kami sekeluarga memang tidak ke mana-mana. Oh ya! Ada...Anak-anak dibawa ke kedai buku, di KB Mall. Di Kelantan ini KB Mall dianggap sebagai Pusat Membeli-belah Terbesar setakat ini di sini, anak-anak memang gembira sungguh apabila diberitahu untuk ke sana. Disana, ada 3 tempat yang menjadi tumpuan kami sekeluarga, pertama, kedai buku, kedua, kedai muzik, dan ketiga, kedai makan. Kedai permainan? Aku sebenarnya jarang membelikan permainan buat mereka, walaupun pada awalnya mereka merengek-rengek minta dibelikan permainan, namun setelah beberapa kali dibawa ketempat yang sama, akhirnya, setiap kali kami keluar ke pekan, hanya 3 itulah, tempat tujuan kami. Kadangkala, ada juga aku membawa mereka bermain di 'playground' di Tesco, tetapi sebenarnya kalau hendak dikira, anak-anakku ini sudah banyak permainan mereka. Di sekitar kehidupan mereka dikampung ini sudah penuh dengan permainan yang aku yakin sama tarafnya atau lebih lagi dengan apa yang dijual di pasaran. InsyaAllah di posting akan datang akan aku ceritakan lebih lanjut permainan mereka.
Muzik? Keluarga kami memang suka kepada muzik. Alia boleh bermain piano, begitu juga Asif, malah dia juga ada bakat mengetuk drum. Papa mereka pula, bermain gitar dan boleh menyanyi, aku? Cukuplah sebagai pengurus....Jadi lengkaplah kumpulan muzik keluarga kami. Antara muzik pilihan kami sekeluarga, Sweet Charity, Ramli Sarip, Alleycats, M.Nasir dan Jamal Abdillah.
Aku sememangnya gembira dengan perjalanan seharian yang dilalui oleh kami sekeluarga. Mungkin aku tidak memegang wang yang banyak sepertimana rakan-rakanku yang lain yang bekerja di bandar-bandar besar sana. Namun, kesempatan menyaksikan, mendidik dan membimbing sendiri anak-anakku memberikan aku perasaan yang sukar untuk aku gambarkan! Entahlah...kalau yang lain-lain nak tahu bagaimana rasanya, marilah jadi sepertiku!
Jumpa lagi!

Keluargaku
Wednesday, June 17, 2009
Krisis politik di Iran
Negara kelahiran Cyrus the Great ini memang berani, walau sentiasa diuji, namun masih mampu mempertahankan kedaulatan dan maruah status negara Islam mereka. Amerika itu sentiasa sahaja mencari peluang untuk menjahanamkan satu-satunya negara Islam yang masih belum mahu tunduk mengikut telunjuk mereka. Nampak gayanya, taktik keras yang digunakan tidak menjadi, maka mereka cuba pula dengan propaganda yang dibuat-buat menerusi saluran media yang kebanyakannya dikuasai oleh mereka. Entah dari mana datangnya, berduyun-duyun rakyat Iran berdemonstrasi dijalanan, semuanya membantah keputusan yang berpihak kepada Ahmadinejad.

Aku sendiri pernah bertemu dengan beberapa orang warganegara Iran sewaktu menziarahi Masjid Putrajaya pada Februari lalu, pada awalnya aku sangkakan mereka itu para pelancong daripada Amerika Selatan, berdasarkan daripada pakaian mereka yang hanya bersinglet dan memakai capri pants yang gemar dipakai oleh mereka dari negara Brazil dan Mexico ekoran cuaca panas di negara mereka itu. Namun setelah berkenalan dengan mereka, rupa-rupanya mereka itu dari Iran. Ya, di Iran itu tidak semua penduduknya beragama Islam, namun begitu, latarbelakang negara mereka yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, seharusnya sudah boleh dijadikan panduan bagaimana cara berpakaian yang sopan untuk ke masjid! Aku tidak pula menanyakan tentang agama anutan mereka, tidak wajar rasanya, kebetulan salah seorang daripada mereka, seorang pelancong lelaki, wajahnya mirip Presiden mereka, Ahmadinejad, lalu suami pun menegur beliau tentang rupanya. Aduh! Bukan main melenting apabila beliau dikaitkan dengan Ahmadinejad, sambil disokong dengan rakan-rakan mereka yang lain, mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka ke atas corak pemerintahan di Iran, mereka bilang, Iran itu kaya, tetapi rakyat mereka miskin, negara tidak maju, asyik hendak bertelagah dengan Barat sahaja! Bahagian paling menarik, mereka suka dengan Pak Lah, kerana menurut mereka, Malaysia itu negara yang bebas, kaya dan makmur. 

Protes di Malaysia,inilah antara rakyat Iran yang membenci Presiden mereka!

Aku tidak merasa pelik dengan mereka, ya, di Kelantan misalnya, jika anda seorang yang sukakan kebebasan untuk berpakaian menjolok mata, berhibur di kelab-kelab atau di pusat hiburan, menunggang arak di tepi warung moden, tentu sahaja menolak corak kepimpinan Islam oleh kerajaan PAS, sudah tentu dicap PAS itu parti kolot, hanya tahu berceramah sahaja, tetapi negeri tidak maju membangun. Bagaimanakah hendak membangun, jika serba-serbi disekat, hatta minyak yang letaknya di dalam perut negeri ini juga hasilnya tidak boleh dihidu sekalipun oleh rakyatnya, malah di salur pula ke negeri lain! Mujur juga bilangan mereka itu tidak ramai di Kelantan, jika ramai, mungkin berduyun-duyun yang keluar membantah keputusan pilihanraya seperti di Iran.
Hairan ya, dimedia-media, hampir kesemuanya menayangkan video/gambar bantahan terhadap Ahmadinejad, tidak ada pula yang menayangkan gambar-gambar para penyokong Ahmadinejad, memang media itu milik kroni mereka, apa yang hendak dipelikkan. Mujurlah ada satu dua media yang masih lagi mahu memberitakan kebenaran dan menafikan kebatilan, kredit buat blog faisaltehrani atas gambar-gambar yang menceritakan keadaan sebenar di Iran.
Manusia itu hanya mampu merancang, tetapi Tuhanlah penentu segala-galanya. Walau bagaimana canggih sekalipun pelan untuk menghancurkan Islam di peta dunia, keputusan muktamad hanyalah dipegang oleh Dia yang Maha Mengurusi akan setiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi.
Antara gambar-gambar penyokong Presiden

Labels:
Pandanganku
Saturday, June 6, 2009
Komunisme Daripada Kacamata Seorang Suri
Lama tidak mencatat di blog, bukan kerana sibuk, tetapi kerana gangguan Internet yang acapkali berlaku di kawasan tempat tinggalku. Posting kali ini, khas aku tulis sebagai jawaban daripada satu permintaan pandangan dari seorang sahabat, tentang isu Chin Peng.
" malayultra said...
dua tiga kali aku tegok sejuta wajah ni...teringin nak tgk apa feedback sejutawajah ttg usul nak membawa chin peng balik
May 28, 2009 11:31 AM"
Buat Khalid, inilah seadanya yang mampu aku huraikan.
Komunisme itu telah meletakkan kebendaan sebagai puncak bagi setiap sesuatu yang dilakukan oleh manusia di dunia ini. Demi untuk mencapai puncak itu, sebuah mesyarakat tanpa kelas haruslah diwujudkan. Tiada lagi manusia kelas atasan, harta pesaka dirampas, setiap rakyat adalah golongan pekerja, dan harus tekun berusaha walaupun tanpa rela, demi untuk sama-sama menikmati makan sebanyak 3 kali sehari, diberi wang poket, pakaian dan ubat-ubatan. Setiap pekerja itu telah ditanam dengan rasa dendam kesumat yang tinggi terhadap golongan atasan yang dikatakan telah menggunakan sewenang-wenangnya kuasa dan harta mereka demi untuk menindas golongan pekerja. Mereka dibenarkan memberontak malah membunuh jika perlu, agar sebuah masyarakat yang idealis di mana tiada lagi mereka yang melarat kemiskinan berada dijalanan.
Sebagai seorang Muslim yang saban hari berdoa kepada Tuhannya agar dijauhkan daripada bersama-sama dengan mereka yang sesat dan ingkar, komunisme jelas telah menjadikan manusia itu ingkar dan sesat dan wajiblah ditolak sebulat-bulatnya! Walaupun ada cubaan untuk menjadikan komunisme itu praktikal dengan ajaran Islam, dengan mengambil sedikit kemudian ditampal dengan beberapa fahaman komunis yang dirasakan relevan. Itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal, kerana komunisme itu sendiri telah menegaskan bahawa Tuhan adalah candu manusia, dan kebendaan merupakan permulaan daripada setiap sesuatu.
Islam telah memberikan kebebasan kepada umatnya untuk berjalan di muka bumi ini mencari rezeki sesuai dengan kemampuannya. Tidak salah menjadi orang kaya, asalkan tanggungjawab mereka dilaksanakan mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh agama. Zakat itu adalah alat terbaik sekali untuk mengelakkan harta kekayaan itu berlegar dikalangan golongan borjois sahaja. Islam juga menolak untuk manusia itu berbunuhan sesame mereka sendiri. Semua ini telah termaktub di dalam al-Quran, namun begitu apabila manusia lebih bertuhankan kepada kemewahan dunia, makanya, mereka telah menjadikan wang dan kuasa yang dimiliki mereka sebagai alat untuk menindas mereka yang lemah ini, disinilah bermulanya kapitalisme. Maka, sebagai dorongan daripada rasa ketidakpuasan hati ini, lahirlah puak kiri dengan ideology baru mereka yang lebih dekat dengan masyarakat bawahan, iaitu komunisme yang telah menjanjikan syurga dunia untuk semua tanpa mengira kedudukan social masing-masing.
Huraian ini jelas menunjukkan bahawa walaupun Parti Komunis Malaya yang pernah satu ketika dahulu mengangkat senjata membantu pihak British menentang pihak Jepun, sehinggakan Chin Peng mendapat pingat daripada Ratu England kerana sokongannya, haruslah dihalang daripada bertapak kembali di Negara ini. Ditambah lagi, dengan beberapa siri kekejaman PKM yang dilakukan terhadap rakyat yang tidak berdosa, seperti didalam peristiwa Bukit Kepong, tidaklah wajar Chin Peng diberi pengampunan daripada kerajaan Malaysia. Idea untuk memberi keampunan kepada bekas ketua PKM, Chin Peng tidak lain tidak bukan dilihat sebagai satu strategi politik yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk membolehkan mereka itu terus berada di pundak kekuasaan mereka.
Namun begitu, perasaan mereka(bekas pejuang PKM) yang merasakan mereka adalah sebahagian daripada perjuangan kearah pembebasan Tanah Melayu daripada pendudukan Jepun juga harus diambil kira. Kepada mereka ini, kisah Saddam Hussein mungkin boleh dijadikan iktibar, dan dinilai oleh mereka. Iraq itu telah dijadikan alat oleh pihak Amerika Syarikat untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Iran, selama 8 tahun penduduk Iran dan Iraq menderita akibat daripada perang yang dicetuskan oleh Barat yang ingin melihat kerajaan Shah Iran yang penuh dengan gaya kebaratannya kembali bertapak di Iran. Berpuluh ribu nyawa melayang kesan daripada kekejaman rejim Saddam Hussein. Iraq menjadi sebuah Negara yang paling maju di rantau Arab ketika itu, bantuan mencurah-curah diterima mereka hasil daripada persengkongkolan mereka dengan pihak Amerika. Namun begitu, setelah perjanjian damai ditandatangani, Iran dan Iraq kembali berdamai, Iraq telah dilihat sebagai satu ancaman buat mereka, mereka bimbang akan pepatah senjata makan tuan! Maka, pelbagai strategi diatur demi untuk menghancurkan senjata yang telah mereka bentuk dahulu. Bermula dengan Perang Teluk, sehinggalah kepada Pencerobohan ke atas Iraq, akhirnya, kota 1001 malam itu hancur sekali lagi, manakala nasib Saddam dihabiskan di atas seutas tali! Ya, mungkin ada yang bersimpati dengan nasib Saddam, tidak kurang juga yang membencinya kerana kekejaman yang pernah dilakukannya. Buat semua, ingatlah harta yang selama ini direbut di dunia ini tidak akan membawa kita ke mana-mana selain kearah kehancuran semata-mata. Kita hanyalah meminjamnya seketika sahaja, maka berpadalah seadanya, kelak hidup kita semua pasti aman dan sejahtera.

Tuesday, May 26, 2009
Hati Manusia Tiada Siapa Yang Tahu...
Akhir-akhir ini, kami sering ke kawasan tali air di tengah-tengah bendang di salah satu kampung di kawasan Gunung ini. Disitu rumput-rumputnya panjang, tetapi menurut kata penduduk disitu, ternakan mereka tidak makan rumput tersebut, pahit katanya. Makanya, kami mengambil inisiatif mencerut rumput-rumput tersebut untuk cuba diberi kepada ternakan kami. Alhamdulillah, 5 guni rumput yang dibawa balik, habis licin dimakan biri-biri kami. Nampaknya kami telah menggunakan konsep pertanian integrasi, daripada rumput-rumput itu diracun, lebih elok jika diberi makan haiwan ternakan! Tidak perlu lagi bahan kimia digunakan, haiwan berbisa pun kurang, kerana tiada lagi semak ditepi tali air.

Larian Terakhir Aisar di sini......
Sabda Rasululllah SAW , Sesungguhnya manusia itu berkongsi 3 perkara, air, rumput dan api.
Memancing di tali air
Bila hendak cepat kaya & haloba,manusia sanggup melakukan apa sahaja...
Masih adakah sinar di hari mendatang..
Sementara anak-anak menunggu papa mereka, mencerut rumput, mereka bebas berlari ke sana ke mari, memancing di tepi tali air, mengutip siput dan pelbagai lagi aktiviti dapat mereka lakukan. Bukankah ini integrasi bijak yang harus diwujudkan di setiap kawasan pertanian di negara ini? Tetapi tidak buat sesetengah pihak, rumput yang panjangnya lebih dari paras pinggang ditepi tali air itu, telah habis diracun orang minggu lepas. Sedih dan hampa...itulah perasaan kami sekeluarga. Mungkin inilah falsafah mereka, biar mereka rugi, jangan yang lain untung!
Beberapa gambar ini sempat aku simpan untuk kenangan, dan bermula dari saat ini, aku tetapkan azam untuk aku membeli tanah sawah, agar dapat dijadikan contoh buat yang lain supaya manusia dan alam itu seharusnya bersatu...InsyaAllah
Kabel telefon habis dicuri...ikan habis di tuba...
Wahai sang perosak alam..ingatlah...
Manusia itu pasti akan dibalas sesuai dengan perbuatannya!
Labels:
A,
Keluargaku,
Pandanganku
Sunday, May 17, 2009
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Saban tahun bulan Mei pasti berbagai promosi dibuat untuk diwar-warkan kepada masyarakat bahawa Hari Ibu sudah tiba, dan hendaklah disambut bersama. Sewaktu aku kecil-kecil dahulu, didalam keluarga kami tiada keraian khusus untuk Hari Ibu, malah mendengarnya pun aku fikir tidak pernah. Mungkin lingkungan keluarga kami hanyalah terdiri daripada pekerja bawahan, maka kami semua tidak pernah terdedah dengan tradisi yang dimulakan dari Barat ini.
Ibu , Ayah & Mizi Di Hari Konvokesyen Mizi

Namun begitu, ini tidaklah bermakna kami tidak pernah menghargai ibu kami. Walaupun ibuku garang, namun rasa hormat aku dan adik-beradik yang lain terhadap beliau begitu tinggi. Ajaran Rasulullah S.A.W bahawa Syurga Itu DiBawah Kaki Ibu sentiasa tersemat didada kami. Setiap kali kami melakukan kesalahan, sama ada besar mahupun kecil, wajib bagi kami meminta keampunan dari ibu, kerana kami bimbang andai ibu tidak memaafkan pasti kami semua akan masuk neraka! Sehinggakan pernah satu hari selepas aku pulang dari belajar mengaji, aku bersungguh-sungguh ingin masuk kedalam kaki ibu, kerana guru mengaji al-Quranku baru bercerita kisah syurga dibawah kaki ibu.
Kini, aku dan ibu tinggal berjauhan. Aku di Kelantan, ibu di Johor. Kenangan sewaktu dibesarkan olehnya begitu mendatangkan kesan padaku. Sebagai seorang anak yang nakal sewaktu dahulunya, aku antara anak yang sering dimarahi dan kadangkala dipukul ibu. Namun aku gembira, kerana aku tahu ibu sememangnya mengambil berat akan diriku. Ibu mahu agar aku besar menjadi anak yang berguna. Ibu, ingatanku padamu tidak pernah kurang walau sedetikpun, walaupun tiada sambutan Hari Ibu didunia ini, doaku buatmu akan sentiasa meniti dibibir ku ini. Apalagi didalam al-Quran sendiri Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Terima Kasih Ibu.....
Labels:
Keluargaku
Subscribe to:
Posts (Atom)