Ahad, 22 Januari 2012

Marah!!!


Saya marah..marah yang sungguh-sungguh marah...LEbih marah dari ANGRY BIRD yang tak pernah tak marah.Bila ada orang yang sepatutnya kerja dia melancarkan sesuatu proses, dan GAJI dia dibayar oleh para rakyat seperti saya, seperti makcik dan pakcik di kampung, seperti rakyat Malaysia yang lain yang gajinya harus di tolak cukai untuk bayar si 'perlaksana POLISI' seperti dia, tapi hakikat sebenar, ORANG ITU tak buat buat kerja dia!Saya marahhhhh!!

Hanya sebab saya bukanlah orang yang letak duit kopi bawah meja,saya bukanlah orang yang mampu nak bagi dia 10%..20% dari kerja-kerja yang saya buat..Jadi dengan sambil lewanya dia buat segala kerja-kerja dia!!! MAcam mana saya tak marah!

Saya marahhhhhh...sebab surat2 bank mintak hutang itu,hutang ini..dah mula bertimbun atas meja saya..belum masuk komitmen lain..bil TNB..bil Telekom..sewa kedai..saya marahhhh...sebab macam-mana saya nak bayar, kalau si 'TAMAK haloba' yang dah ada gaji,tapi masih main-main dengan saya,tahan payment saya,sebab dia tak dapat komisen!!!!

Manusia..sedarlah dirimu itu sangat2 beruntung dah dibayar gaji tiap2 bulan,buatlah kerjamu sejujur mungkin. Bagi diriku dan yang lain ini,itulah sumber pendapatan kami, kalau yang sekecil itu pun KAU merungut nak makan sama,apa yang tinggal untuk diri kami?

Saya hairan,kenapa orang lain deal dengan orang2 macam dia boleh kaya-raya,adakah harus diletakkan 'emas setongkol' depan mereka,ikut perkiraan kawan saya yang dah bertaraf jutawan, "Orang-orang macam ini kita kena sembah",Ya Allah, hanya kaulah Tuhan yang layak disembah, itu dah jadi syirik tu...aiiShhh...tak baik bersangka buruk..mungkin orang lain jumpa dengan para pekerja yang WASATIAH dalam kerjanya..Cuma saya sahaja yang belum berjumpa dengan mereka ini..ya..bak kata Najib..berWASATIAHlah kamu dalam apa sahaja..ya..Satu hari nanti..mungkin saya akan jumpa dengan golongan sebegitu!

p/s Saya tetap marah,bila tahu,FIRST Lady of Shopping kita masih tidak mengikut kata suaminya dalam berWASATIAH..
Shopping..shopping...
owwhhh..mungkin itu semua duit dia menabung dari kecil lagi..:)

TOLONG KIPAS-KIPASKAN SAYA..SAYA PANASSSS - mode..ambil wudhuk dulu..marilah solat Dzuhur dulu..insyaAllah lepas ini saya akan kurang marahnya...Tutup mata..dan cuba hilangkan muka2 penyangak,dan ingat muka2 mereka yang jujur dan selalu dekat dengan saya..

Tiada ulasan :