Khamis, 2 Februari 2012

Antara Sg Lui dan Awan Nano


Sayang, Aizat tak menang, walau itulah satu-satunya lagu yang saya tengok malam AJL,sebab muzik dia, lirik dia,bagi saya semuanya hampir sempurna. Saya tak tahu malam AJL tu,siapa yang menang,sebab saya cuma nak tengok Aizat nyanyikan Sungai Lui,dengan susunan muzik dia yang harmoni,bergabung dengan angklung,lirik menyentuh kehidupan masakini,soalpemilihan jalan hidup yang bukannya mudah,jadi,selesai Aizat menyanyi,saya tutup tv terus tidur.


Sayang sekali lagi, malam itu, alunan angklung tak begitu menjadi,temponya lari dengan petikan gitar. Bukan senang nak main angklung,kalau setakat 2-3 bulan berlatih,maaf cakap,mesti lari. Saya pernah main gamelan, bergabung dengan angklung, caklempung dan muzik kontemporari lain.Memang meremang, mula2 dengan angklung bergetar, satu dewan semuanya whoaaaa pada kehebatan geng2 angklung kawan2 saya,tenggelam gamelan kami,tapi,sampai satu ketika,hilang focus,muzik angklung mudah lari, apatah lagi kami hanya berlatih seminggu sekali. Jadi memang kena yang benar2 pemain angklung sejati yang mampu membawa angklung ke pentas besar seperti AJL ini. Jadi,saya dapat rasa, Aizat tak menang malam ini.

Benar sekali,esok di MHI,saya lihat M.Nasir ditemuramah,eh..M.Nasir?Bertanding?Rupa-rupanyaAwan Nano itu lagu beliau,owhh…kalau saya tahu begitu,saya kerat jari,juri takberani nak letak nama lain sebagai juara.Saya sangkakan Awan Nano karya Ajai,sebab muziknya seakan-akan lagu dahulu Hafiz,yang juga mana Hafiz menangVokal Terbaik.Tapi,walau Awan Nano sebenarnya tidak seberapa kuat berbanding dengan karya2 M.Nasir yang lain,lagu itu tetap berhak menjadi lagu terbaik berbanding dengan lagu2 lain yang kebanyakannya terlalu klise.Pengkisahan kasih sayang mungkin ayah,mungkin ibu,mungkin sesiapa sahaja,dipaparkan menerusi lagu ini dengan metafora Awan..itulah Awan Nano! Rekod M.Nasir menunjukkan beliau tidak pernah kalah seandainya bertanding di AJL,kecuali untuk lagu Phoenix BAngkit,erkkkk..salah-salah..bukan Phoenix Bangkit..Raikan Cinta lah sebenarnya,sebab teringat dekat padang pasir kan video klip dia..terbayang-bayang pulak Phoenix tu..aduhai! Itupun sebab dia tak ingat lirik!Selebihnya,dia sapu bersih.Ditambah dengan lirik yang sarat dengan kisah terselindung yang membawa. makna tersendiri dan penghayatan Hafiz yang 100% 'feelnya',tahniah buat team Awan Nano!

Sebagai pengulas bebas,saya masih lagi terfikir kenapa Sg.Lui kalah.Aizat punya lagu yang bagus,dia buat sama dengan apa yang pernah M.Nasir buat dalam Canggung Mendonan,alunan pelbagai alat muzik nusantara digabung dengan muzik kontemporari,semuanya nampak asyik,tapi di mana silapnya. Sungai Lui? Saya rasa mungkin tajuknya tidak sesuai. Saat Aizat menyanyikan lagu tersebut,saya tidak merasakan akan elemen sungainya di situ. Mungkin Aizat ingin mencuba formula M.Nasir seperti lagu Gemuruh, dimana, lagu itu,langsung tidak menyebut perkataan 'gemuruh' didalam liriknya, tetapi sekali lagu dimainkan,bulu roma meremang,memahami bahawa elemen 'gemuruh' telah disuntikkan dalam lagu tersebut.


Saya faham Aizat cuba membayangkan bahawa kehidupan ini jalannya sama berliku dengan sungai, dan dia juga mendapat inspirasi dari seseorang yang dikatakan berpergian setiap hari dari Sungai Lui,untuk menghasilkan lagu ini.Tapi,sayang,elemen sungai itu kurang,terlalu lemah,hanya dengan angklung tidak mampu membawa bersama mesej Sg.Lui,dan juga penceritaan dalam liriknya.Harusnya,tajuk lagu di ubah...entah saya kurang arif..mungkin perlu rujuk,atau beli kamus dewan yang pelbagai edisi,mungkin ketemu tajuk paling kick untuk lagu ini. Selamat Berjaya Aizat untuk lagu2 seterusnya..selagi ikhlas itu ada,ku akan selalu percaya!



3 ulasan :

shaza berkata...

Zana, aku pun tgk sampai lagu sungai lui je pastu terus tutup tv.. walaupun aku nak lagu ni menang tapi aku rase mungkin susah sikit sebab melodinya yang terlampau relax.. tapi aku puas hati sebab awan nano yang menang berbanding lagu lain..

p/s- husband aku pernah bawak gi sungai lui.. tempatnya memang cantik dan tenang.. belum terusik lagi tapi tu 6 tahun yang lepas.. tak taulah sekarang ni camaner..

ms ngantuk berkata...

i thought sg lui was pretty good but mlm tu byk lagu sedap2. akak plg suka yuna-penakut. seriously enchanting. anyway awan nano was good. it won apm best song last yr. i dont think it's because of the m nasir factor.
btw yana musically talented eh..cayalah!

Kakibuku berkata...

Shaza: Harusnya Sg Lui..sebab blog ko punya theme song kan..:) Takpe dia kena bljr dgn M.Nasir lg..M.Nasir lalu..Kembara Seniman Jalanan..barulah nmpk jln lps tu..

K.kay: It runs thru the blood kot...kikiki..eh..guardian ada wat contest ker..err..not sure sgt..tp mcm gitulah lbh kurang..about musical essay..try ar..nti yana bg link dia