Rabu, 8 Februari 2012

Tahun Baru Cina Edisi 2012

Masih dalam mood Tahun Baru Cina? Saya masih..bukan apa,selagi entry yang dah terperap dalam senarai edit ini masih diamnya disitu,makanya, mood angpow dan tarian naga itu masih ada lagi saya rasa.Tahun Baru Cina ini kami tak ke mana. Tak ke mana bukanlah bermaksud duduk diam di rumah. Maksudnya tak kemana, ialah pergi jauh dari kawasan rumah, sama ada balik JB, pergi bercuti atau pergi membeli-belah. Sebab 'claim' yang tak masuk-masuk lagi itulah!Jadi, tak kemanalah saya berjalan-jalan dengan anak2.

Tapi walau tak ke mana-mana,sebenarnya saya tak menang tangan beraya ke rumah jiran-jiran dan kawan-kawan berbangsa Tionghua di daerah ini. Hidup ini indah bukan?Di kala tak ada bajet untuk berjalan-jalan, ramai pula tahun ini menjemput kami sekeluarga beraya ke rumah mereka. Hidup dengan berjirankan mereka2 yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina ini sememangnya telah memberikan saya dan anak2 peluang sebenar untuk 'berjalan', menelurusi keunikan budaya yang ada di kampung saya ini. Dan tahun ini, sememangnya menjadi tahun paling banyak rumah yang saya kunjungi, sempena sambutan Tahun Baru mereka.

Jelawat, keseluruhannya, memang majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu, namun terdapat juga beberapa kampung Cina di sini. Kejiranan saya sahaja, kiri-kanannya terdiri daripada masyarakat berbangsa Tionghua ini. Mereka yang saya kira sudah berada di sini bermula daripada awal tahun 1900, (berdasarkan kepada rumah-rumah kayu lama yang saya nilai dengan mata kasar sendiri), sebenarnya sudah begitu sebati dengan budaya hidup masyarakat Melayu yang lebih dahulu duduknya di sini.

Berkain batik dan pelikat, makan nasi dan budu, bermain burung dan juga ayam serama, menonton wayang kulit dan juga dikir barat, berbahasa Kelantan dengan baik, malah lebih baik dari saya, sememangnya, masyarakat Tionghua di sini memang unik!

Saya ke 4 buah rumah tahun ini, walau sebenar mendapat 5 jemputan, bukan sahaja layanan yang diberikan membuatkan kita tidak terasa akan betapa berbezanya kami semua, malah makanannya juga istimewa. Rumah pertama, mungkin biasa, sate dan juga ketupat nasi, tetapi, rumah kedua paling istimewa, rumah rakan sekelas Alia, bersusah-payah ibunya mengeluarkan Tepung Boko, yang saya pasti, ramai di kalangan kita sendiri yang tidak pernah atau melihatnya bukan!

Di rumah pertama, adik kepada Auntie



Auntie menyambut kami datang dengan berkain batik berwarna pink
(yg dihujung anak sulungnya rakan sekelas kakak ipar)


Bersungguh saya ambil gambar barisan anak2 paling panjang ambil angpow!
(anak saya lah itu..)


Inilah rumah Joyce, rakan sekelas Alia, rumah warisan dari nendanya


dan inilah rupa dekat Tepung Boko ya..sedap!
(sumber..Google)

HAri Kedua, jiran saya, K.Long atau 'auntie', menjemput kami makan nasi berlauk,( nasi dengan aneka lauk-pauk, yang biasanya di makan di pagi hari oleh masyarakat Kelantan), di rumahnya, kebanyakan anak2nya satu sekolah dengan suami, yang menarik, anak2 saya berbahasa Mandarin, tapi Auntie dan cucu-cucunya tidak,mereka lebih selesa dengan B.Kelantan,Inggeris ataupun Hokkien kampung.(Auntie bersekolah kebangsaan,maka dia tidak berpeluang mempelajari bahasa Mandarin) Maka, sebagai jalan tengah, kami semua 'kecek Kelate'!

Raya Ketiga, rumah Dedek/Mr.Lee pula kami kunjungi, kali ini, nasi minyak menjadi pilihan jiran saya yang gemar memelihara burung untuk dipertandingkan di setiap hujung minggu di mana-mana pertandingan beradu suara burung di sekitar Kelantan ini.Tidak dilupa limau mandarin dan juga angpow merah dititipkan buat bekal anak2 makan dirumah kelak!

Penuh bukan agenda kunjung-mengunjung kami? KAlaulah ibu dan ayah saya di Johor turut sama ada,mesti lagi manis keadaannya. Jarang situasi sebegini dapat dirasai di mana-mana. Yang pasti saya hanya merasanya di sini sahaja!Buat Ek,maaf jika tak dapat ke rumah Ek tahun ini, jadual kita sama2 penuh,tahun depan pula ya!

2 ulasan :

mama adaman berkata...

wah..meriahnya..saya yg asal jelawat pun tak pernah pi raya cina... hahhahaha

Kakibuku berkata...

hehe..jiran yana kn kebanyakannya Cina..:)