Khamis, 29 Mac 2012

Lagu 'umph' tak 'umph'!

Perasan tak lagu2 sekarang semuanya macam kurang 'umph'? Nak tahu skala lagu yang kurang 'umph' dengan ada 'umph'?Lagu2 yang akan selalu meniti di bibir, bermain di fikiran semua orang..itu lagu yang 'umph' bahasa lebih bermadah, 'evergreen'.

Tapi kalau lagu tu cuma meniti kat mulut kita sorang2,lagu2 cintan jiwang karat meleleh ala2 Spring,Scoin,Screen..itu dah syok sendiri lah tu!Itu dah masuk kategori gila bayang sorang2 tu..Bukan nak mengutuk,walau saya sendiri geli tekak dengan telinga nak dengar,tapi saya memang tak boleh terima lagu2 pesen tangkap leleh diorang tu.Tak sesuai untuk halwa minda langsung!Tak bagi motivasi langsung!Walau apapun,masing2 ada citarasa,ikut suka masing2,cuma,bagi saya siapa2 yang memang meleleh dengan lagu2 macam tu,kita boleh baca orang dia macam mana!

Cuba ingat lagu 'Cinta Muka Buku'..sekali dengar catchy..tapi sekarang orang dah lupa dah kan?Itulah petanda awal tak ada 'umph'!Mungkin ada kot,tapi tak banyak,boleh kira dengan jari,gaya menyanyi sekarang pun dah macam tak ada perasaan,tona suara tu kadang2 macam bercakap,dah tak ada tarik2 suara..Lagu jek yang yuya-yuya..lirik mendatar terus.

Tapi lagu2 zaman dulu sampailah awal 90an..kebanyakannya sampai sekarang kita boleh ingat,nada dia,lirik dia[,dan setiap lagu bagi mereka2 yang sempat membesar di zaman2 itu,semuanya datang dengan kenangan masing2.

Yang boleh terkeluar nak tulis pasal lagu 'umph' @ tak 'umph' ni datang dari hasil pendengaran dalam kereta masa nak pergi kedai pagi tadi.Siapa ingat lagu Untukmu Ibu? Lagu kumpulan Exists,budak2 remaja dari Johor,Johor Bahru lagi tepatnya.Masa album ni Mamat yang jadi vokalis dia.Lagu ni memang sesiapa yang lahir zaman tu,tak kira yang duduk dekat Malaysia,Brunei & Singapura mesti hafal lagu ni. Pencipta lagu dia,bukan calang-calang orang,Rahim Othman,dan tahun 1992,Exists masuk AJL dengan lagu ni,Rahim Othman menang,tapi bukan dengan lagu inilah,tapi lagu kumpulan Mega,orang Johor jugak tu,Takdir & Waktu.Walau sebenarnya bila dah besar panjang ni,saya rasa Untukmu Ibu lagi bagus dari Takdir & Waktu,mungkin masa tu belum trend budak2 hingusan nak kalahkan otai2 dalam AJL yang dah lama ber'rock kapak' dekat funfair2 satu Malaysia!Untuk yang dah lama tak dengar,boleh kilik link bawah ni..lagu ni memang meremang bulu roma!Kalau Awan Nano untuk ayah,ini kira regu dia lah ya,Untukmu Ibu.


Dengar lagu ni,meruntun jek rasa,walau saya masih lagi ada ibu,tapi terbayang dosa2 dengan dia zaman dulu2 kan,argghhh..saya tak sanggup bayangkan satu hari ibu pergi..Teringat pusara dia..macam mana saya masa tu..tapi yang hidup pasti akan mati,kita kena bersedia bila2 masa,entah saya yang pergi dulu,semuanya rahsia Ilahi...

Okay,kumpulan Exists antara kumpulan saya suka,bukan sebab insan2 yang didalamnya,tapi sebab lagu2 diorang.Masa Exists di puncak,sekolah Mamat,vokalis dia,tak jauh dari rumah saya,dalam 6km,sekolah Ajai bawah sekolah saya,yang paling best,pengetua sekolah Ajai memang sporting,sekolah dia ada bilik untuk budak2 jamming,mungkin bakat Ajai terasah dekat situ!Kalau ke mana-mana dalam bandar Johor Bahru ni,memang senang sangat nak jumpa budak2 Exists ni,Jojo's Production pun dekat Bandar Baru Uda,tak pasti ada lagi ke tak sekarang ni..Mungkin antara sebab,Exists dekat sangat dengan hati orang2 Johor macam saya ni!Kira duta kecil kitorang lah ni!

Dan semua lagu Exists lain yang saya suka,walau Exists dah tukar vokalis,semuanya hasil kerja abang Rahim jugak! Antaranya...

Rahsia Pohon Cemara


Alasanmu...
Ow..yang ini memang favorite yang teramat sangat!Saya dengan incik abang saya sama2 suka!


Lenggok abang Rahim Othman lain sikit dari M.Nasir..dia suka main dengan drum banyak,jadi,beat lagu2 dia semua mudah nak tarik pendengar,dan melodi dia,dalam rancak,emosi kita jadi turun dan naik dalam satu masa! Rasanya,Adele dulu2 dengar Rahim Othman punya lagu kot! Hihihi...Sebab Adele punya muzik kan,banyak main dengan instrumen dan emosi kita turun naik dengar melodi dia!

Jadi pemuzik zaman sekarang,dah jumpa dah formula macam mana nak jadikan lagu awak2 semua ada 'umph' dan seterusnya evergreen macam abang2 Exists ini ?(OK,lupakan masalah peribadi diorang,manusia buat silap,muzik murni,ada mesej disebaliknya,perbuatan mereka selalunya membelakangkan kemurnian muzik mereka sendiri!) Bagi saya,untuk sesuatu itu terus bertahan,dan segar malar,seseorang perlu banyak ilmu,pergilah tuntut ilmu sebanyak yang mungkin,ilmu mungkin ada di sekolah, di pondok, di universiti, di depan Central Market, di Pasar Jelawat..ikutlah..kutiplah ilmu di mana sahaja! Pengalaman hidup kena pelbagai, dan biasanya, untuk karya yang baik terhasil, kebiasaannya, lahir dari satu 'force' dalam hidup seseorang itu, sama ada dari kesusahan hidup dia, penderitaan, kekecewaan, pergaulan dalam masyarakat dan yang berkaitan dengannya. Pandai bermain muzik satu kelebihan, tapi sentuhan bermakna dalam karya, satu keistimewaan. Selamat Berkarya dengan karya yang penuh 'umph'!




3 ulasan :

ms ngantuk berkata...

kenapa rahim othman dah x buat lagu? but i agree lagu2 now kurang uumph

ema berkata...

setuju jgk..mungkin disebabkan masa dulu tak byk artis, tak byk genre kot,tp aku *maaf ckp* lbh suka lagu zmn skrg..biasalah, aku kn lg muda dr kau kan??? bknnya apa, bila dgr lagu2 lama tu, tiba2 je blh rasa syahdu xtentu psl...i don't know why~so touching...

Kakibuku berkata...

K.kay,
Tak tau lah kenapa Rahim Othman x buat lagu..biasa diorang ni kdg2 regu xde,terus down nak buat lagu baru kot!Cranberries turun Msia this April...pergi x?Yana mcm x..kalau dia mix dgn pretenders+lady antebellum..kita pergi kot..cranberries x bnyk lagu yg kita tau..except for zombie,linger n few songs jek..

Ilma..bila masa ko tu muda dr aku tu?hahaha...semua ada citarasa..cuma aku x gemar lagu2 skrng ni bnyk yg terlalu tipikal..x mencabar minda aku nk tau apa yg tersirat..kecuali beberapa lah..