Selasa, 6 Mac 2012

Saya & kelab koir zaman remaja!

Suara saya memang tak sedap,walau dulu rasa macam sedap,tapi zaman sekolah rendahlah.Tup..tup..lepas baligh,tak sedap,agaknya,perempuan pun pecah suara jugak kot! Tapi kalau masuk koir,tak perlu suara sedap,yang sedap ke,tak sedap ke,asal cikgu pandai train,sedaplah nanti.Mary J.Blinge suara pelik kan?Tapi kena gaya,satu dunia suka suara dia kan!

Tingkatan 3,saya berubah jadi rajin,saya berubah nak participate semua aktiviti sekolah,ponteng sekolah,tipu ibu kata ada kelas tambahan tapi sebenar lepak dekat P.kotaraya,semuanya saya tinggalkan.Jadi,bila cikgu kata untuk julung kalinya,sekolah SETA yang paling ramai pelajar perempuannya dalam Johor ini nak buat Kelab Koir,saya bersemangat,pintu audition dibuka.Saya pergi!Kawan2 saya pun ada yang pergi!Ada macam adeg
an Glee jugaklah,kelab baru kan,makanya,tak glamour sangatlah.Bila tak glamour,yang masuk pun budak2 'nerd' macam saya jek lah awal2 ni..Budak2 yang low profile jeklah masuk masa awal2nya.

Tapi saya tak kisah pun,masuk kelab bukan nak glamour,selain dari masuk dalam sijil berhenti sekolah saya esok2,saya dapat belajar macam2 benda baru,dari soprano,alto,pakai make up,senyum depan audience, yang utamanya,saya dapat belajar cara2 membentuk keyakinan diri saya dengan kawan2 disisi!Nasib masa tu smart phone tak ada,kalau ada,matilah saya,macam mana agaknya muka saya nyanyi sambil bergaya2 naik,turun,naik..turun,,tersenyum dengan lipstik merah menyala,pipi pink,rambut kejang kena spray,hidung
kembang-kempis menyanyi sambil tahan malu depan orang,saya dah rasa macam Siti Norhaliza mula2 masuk TV macam tulah agaknya,ye tak?

Masa latihan,macam2 dugaan,maklum kelab baru,cikgu pun kena import dari sekolah lain.Asyik nak cerita sekolah dia jek best,suara merdulah,dengar katalah,tersohor satu Malaysialah!Manalah ada baby baru lahir boleh terus berjalan kan?Mestilah step by step.Mula-mula meniarap,lepas tu merangkak,bertatih,berjalan,baru boleh lari.Sabar jeklah,sebab nak belajar,tahankan jeklah telinga.Banyak kali jugak,cikgu tu nak ugut
,siapa2 yang main2 dia nak buang dari kelab,dia nak berhenti mengajar,adehhh...Tapi itu strategi dia kot,ala2 push macam tu.Tapi,betul lah tu,agaknya masa tu semua main2,padanlah muka kena bambu.

Berlatih-berlatih,ramai jugak yang keluar,yang paling drama,ada sorang kakak ni, muka dia biasa2 jek,tapi suara,masyaAllah,merdunya,dia teruk jugak kena marah,agaknya cikgu tu jealous ada yang lagi hebat dari dia lontaran suaranya,kakak tu merajuk,siap nak keluar2 lagi,tapi aksi pujuk-memujuk diteruskan,fuhh..lega,dia nak masuk balik,kalau tak, tak bergemalah nyanyian kami,mana taknya,dialah soprano kami!Macam Glee tak? Siapa tu,per
empuan yang cantik tu,suara sedap tu,macam2 lah orang racun dia suruh keluar kan,sebab nampak Glee Club tu dah banyak pengaruh,tapi nasib kawan2 pujuk,stay lah lagi dia.Ha..lebih kuranglah,kat mana2 pun,pi mai pi mai,tang tu jugak isunya!

Lagu kami? Masa zaman tu, Ella tengah hot dengan album USA:Unik,Syurga,Asli kan?Jadi cikgu pun bagilah lagu Gemilang, lagu lain, Phil Collins, Groovy Kind of Love, dengan satu lagi, Baby Elephant Walk kot namanya.

Jadi dah berlatih bagai nak rak,mesti ada klimaks,ye tak?Baru ada semangat.Satu hari,cikgu datang,baik anak murid,sekolah kita akan jadi tuan rumah event apa lah pulak,peringkat daerah Johor Bharu,lupa pulak nama eventnya,jadi ramai pelajar2 sekolah lain datang,jadi kumpulan awak kena perform. Haaaaaa....bestnya..bestnya..bestnya...tapi tak lama lepas tu..takutnya..takutnya..takutnya..

Jadi inilah dia tujuan berkelab-kelaban di sekolah, di kolej, di kampung, di bandar dan di mana sahaja. Bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik, berani menghadapi cabaran, kemudian barulah keyakinanmu terserlah!Bukan glamour ya....

Saat di tunggu telah tiba,perintis di bawa masuk ke bilik persalinan, ambik...kena pakai blouse biru macam flight attendant Thai Airways..patutnya ketat,tapi kami agaknya budak2 tak cukup zat,longgar situ sini,kain songket kuning,ada selendang,ala2 pramugari la ya.
Make up wajib, rambut kena set sikit2.. dan..dan..beranting2. Mak!! Saya tak pernah tindik ni macam mana cikgu?Alah,awak pakai yang kelip jek,ambik ni,Linda punya,besarnya,rambut kena selak,biar nampak telinga,karang anting2 tu tak mengerlip pulak,alahai,nak nyanyi ni boleh,nak bergaya ni lemahnya cikgu...Nasiblah sekolah tu semuanya perempuan,dalam bilik sebelum show tu,macam2 kekdah masing2.Baju sengetlah,anting2 hilanglah,make tebal,make nipis,semua ada!

Sampai masa,berdebar2nya,jadi ke tidak ni,nak nyanyi lagu Ella dengan Phil Collins tu tak susah sangat.Nak nyanyi Baby Elephant Walk tu yang kalut sikit,kain ala2 gadis melayu terakhir,nak turun nak bergaya konon2 cute macam anak gajah tu yang risau
sikit.Tarik nafas,lepas...allooo..ramainya orang,budak lelaki pun ada ni,macam mana ni cikgu,masa berlatih cikgu tak pernah pun training letak budak lelaki depan kitorang.Alaa..awak bayangkan diorang perempuan macam awak jugak!Selamba..

Nyanyi..
...............(sambil hulur tangan,buat selembut yang mungkin)
Senyum..
"Bersama-sama tempuhi segala Walau jalanan masih jauh Hanya kau dan aku yang tahu Saat gemilang yang aku nantikan Hampir menjelma di depan mataku Ku percaya saatkan tiba Hanya menunggu tika dan masa....Ohoho.."

sekali..sekali..sekali...

cuaknya...

Ramai yang tepuk tangan..ada yang berdiri tau..puan pengetua..senyum meleret..first baby dia ramai yang puji...eh..bestnya koir awak,nanti kami jemput pergi sekolah kami ya..agaknyalah tu saya rekakan ajek dialognya..hihi

Kami rasa macam nak nangis..huhuhu...sebab terharu sangat..

Lepas tu..saya tak ingat sangat progress dia..

Saya kan kaki library..nak exam..misi berkelaban dah berjaya..nak amik PMR pulak misi seterusnya!

Baru-baru ni,ada yang upload gambar lama2 koir, tapi masa tu saya dah tak ada,Ting 4, saya dah masuk Sains Johor, SETA saya tinggalkan, rupa2nya kelab koir dah makin maju,ramai budak2 glamour masuk,dah ada pengerusi,timbalan,bendahari dll...Takpelah saya tak sempat,yang penting nama saya sebagai Ahli KElab Koir sekolah,terukir bukan di bintang ,macam Yuna tu,tapi terukir dalam hati saya sebagai kenangan bahawa,saya pernah berada di dalam memori yang penuh dengan nostalgia itu!

p/s Gambar ini mmg tak ada saya,sebab saya dah ke sekolah baru..kawan2 saya dari 1st batch pun tak ada,tapi kamilah perasmi kelab ini!


Tiada ulasan :