Rabu, 4 April 2012

TRAVELOG HAJI : Mengubah Sempadan Iman


Sekarang dekat Kelantan ada Pesta Buku,walau tak sebesar Pesta Buku KL apatah lagi Kolkata Book Fair mahupun Frankfurt Book Fair idaman saya itu..tapi kalau pandai mencari..insyaAllah terjumpa jugak yang berkenan di minda dan di hati sanubari! Banyak buku saya beli,tapi yang satu ini memang lepas habis baca,saya tak sabar2 nak review,nak kongsi pengalaman saya baca buku ini, buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman,tulisan seorang professor perakaunan Uitm,hasil pengalaman beliau ke Tanah Suci bersama-sama dengan isteri dan 2 kakaknya. Dan saya rasa saya faham bagaimana betapa mendesaknya desakan hati dan nurani penulis buku tersebut untuk sama-sama mengongsikan rasa yang dirasainya sepanjang berada di sana,agar dapat yang lain berkongsi jua pengalaman kerohanian tersebut sehingga dapat membantu mereka(pembaca) mengecap nikmatnya sama walau duduknya mereka itu di Malaysia beribu batu jaraknya dari Tanah Suci.(saya sebenarnya pun terkadang andai ada pengalaman berharga selalu mahu berkongsi dengan rakan2 diblog,tapi tewas akhirnya dengan kemalasan diri!)

Banyak yang dikongsi penulis,bermula dengan keberanian beliau menceritakan kejahilan dirinya dalam beragama(saya kagum beliau tidak malu2 mengaku beliau seorang profesor,menggunakan nama sebenar,meletakkan tempat kerjanya!sesungguhnya beliau serahkan segala2nya kerna Allah!),yang saya rasa ada juga tempiasnya dengan saya dan ramai lagi insan lain diluar sana yang status agamanya Islam,tapi hanya buat sekadar yang boleh dalam kehendak agama sedangkan agama itu adalah kehidupan!

Yang paling terkesan,pengalaman betapa sukar dan susahnya untuk penulis beribadat di Haram,sedang disitulah tempat yang paling suci bagi kita penganut umat Islam,disitulah limpahan pahala berkali2 ganda berbanding dengan tempat lain,namun di situ jualah cabaran yang paling besar yang harus ditempuhi.Kepadatan manusia yang jutaan jumlahnya,ketidakselesaan sentiasa menghimpit,serangan batuk sesama jemaah,kekasaran jemaah lain dan pelbagai lagi dugaan yang harus dilalui sedangkan dalam diri ingin menumpukan sepenuhnya konsentrasi untuk beribadat terhadap Pencipta dibumi dimana Ibrahim as dan anakandanya Ismail as membina Kaabah,kiblat umat Islam seluruh dunia ini!

Namun begitu,penulis dengan tekad dan keazaman yang tinggi disamping memikul tanggungjawab menjaga 3 lagi insan lagi yang pergi ke sana bersamanya menempuh apa jua halangan agar peluang yang datang itu tidak disia-siakan,kerana kita sebenarnya tidak tahu apakah yang akan berlaku pada kita pada masa akan datang.Hidup lagikah kita?Sihat lagikah kita untuk meneruskan impian beribadat di tempat suci ini pada tahun2 mendatang?

Berapa kali air mata saya mengalir,membaca dalam kesukaran penulis mengharungi jutaan manusia lain yang juga sama2 ingin merebut peluang keafdalan dalam beribadat(walau kadangkala ada yang lakunya tidak sesuai dengan ibadat yang mereka sedang lakukan itu), namun berkat daripada beberapa peristiwa yang menimpa dirinya disana, beliau begitu optimis, begitu rendah diri, begitu ikhlas membantu pula insan2 lain yang tidak dikenalinya,agar mereka juga turut sama dapat meminta kepada Pencipta dalam keadaan serta tempat yang begitu direbut oleh sesama jemaah haji yang lain. Antaranya tindakan penulis memanggil seorang jemaah lain yang sama sekali tidak dikenalinya,agar dapat berada disebelahnya(penulis kemudiannya mengecilkan sedikit kedudukan untuk bersolat,agar ruang baru dapat diberikan kepada yang lain untuk sama2 beribadat di kedudukan saf yang besar ganjaran pahalanya).Betapa luhurnya hati penulis,dalam keadaan sama2 terdesak untuk membuat amalan sebanyak mungkin,namun masih ada terselit ruang kecil untuk dirinya sama memberikan kesempatan buat yang lain jua.

Sesungguhnya,Tuhan maha mengetahui akan segala sesuatu yang hambanya kerjakan,perbuatan baik sememangnya dibalas baik,ada yang terpilih,disini jualah diberikan ganjarannya,disaat jemaah Malaysia yang lain disaran untuk melontar pada waktu yang tidak sibuk,namun,penulis dan ahli keluarganya mengambil keputusan untuk keluar pada waktu kemuncak kerna pada waktu Dhuhalah waktu yang paling afdal dalam melaksanakan ibadat ini.Berkat kesabaran,kecekalan serta percaya akan bantuan yang tidak berbelah bahagi dari Ilahi dalam melancarkan perjalanan suci ini,mereka semua akhirnya berjaya sampai ke tempat melontar pada waktu seperti yang didoakan oleh mereka,dan yang paling manis,kesemuanya berada dibarisan hadapan dengan selesa dan juga mudah.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui...

Usai di Mekah,saat di Madinah,ibadah menjadi lebih tenang untuk dilakukan,manusia tidak lagi berebut-rebut sebagaimana di Haram.Namun begitu kerinduan penulis pada bumi Haram masih lagi berbekas. Bayangkan apa yang dilalui oleh Nabi SAW?Entah bagaimana perasaan baginda meninggalkan tempat yang begitu bermakna ini? Baginda dilahirkan,dibesarkan,berkahwin,menghadapi kematian insan2 tercinta di bumi tersebut,disitulah letaknya Kaabah tinggalan Ibrahim as, disitulah tersemainya kenangan pahit dan manis baginda,namun disitu jualah tentangan paling kuat dihadapi baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah.Tentangan pula jika datang dari orang luar mungkin tidak terasa mana,namun,tentangan paling kuat dihadapi baginda oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab bersama dengan regunya yang terkenal Abu Jahal! Sehinggalah perintah diterima,baginda akhirnya bersama2 dengan beberapa umat Islam Mekah berhijrah ke daerah baru,daerah asing yang baginda sendiri bersama2 dengan mereka yang bersama2 berhijrah dengannya tidak biasa akan persekitarannya. Tetapi,disitulah sejarah bermula,disitulah terpacaknya kerajaan Islam pertama di dunia!Ketenangan dan kedamaian jelas disitu,sehingga wafat baginda masih tetap disitu. Mungkin Madinah itu tenang,Madinah itu damai,Madinah itu peleraian,Madinah itu penutup dan juga pembuka kepada sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih baik!W.A..

Tetapi,kerinduan baginda terhadap bumi Haram tidak pernah hilang,setelah sampai saatnya,hasil daripada perjanjian Hudaibiyah yang walau pada asalnya Ali RA mahupun Umar RA masing2 jelas tidak bersetuju dengan keputusan baginda bersetuju dengan syarat2 yang dikenakan oleh kafir Quraisy,namun,sesungguhnya Allah telah memberikan hikmah yang begitu besar dalam perjanjian itu(sungguh sebenarnya di dunia ini ada banyak perkara yang kadangkala sukar untuk kita fahami,sehingga sampailah saat itu,barulah kita akhirnya mengerti).Dimana,pihak penentang Islam akhirnya telah melanggar syarat yang mereka sendiri tetapkan,dan maralah baginda bersama2 dengan rombongannya,membuka Mekah yang baru,Mekah yang akhirnya menerima Islam,dan Bilal bin Rabah,melaungkan buat pertama kalinya laungan "Marilah menuju kejayaan" di bumi Haram itu.

Bumi Haram memang sarat dengan ujian,sarat dengan halangan dan cabaran,namun itulah sebenarnya pemangkin buat setiap insan menggelarkan diri mereka Muslim untuk menyahut cabaran itu,kerana,dihujungnya akan ada ganjaran yang tersedia dan penulis berjaya melakarkan segala yang tersirat ini dengan begitu baik,begitu bersahaja,sesuai dengan kehendak minda pembaca agar kita semua menetapkan keazaman yang tinggi untuk bersungguh dapat merebut peluang yang diberikan ini.

Untuk semua,andai ada kesempatan,carilah buku ini,ia sesungguhnya memberikan kita akan satu pandangan nbaru,pandangan yang lebih jelas dalam melakukan ibadat haji mahupun umrah melalui konteks yang lebih bermakna.Buat saya,keazaman saya tetapkan,langsaikan segala hutang yang ada,bersungguh mencari rezeki yang lebih agar dapat saya ke sana bersama ibu dan ayah juga mertua,InsyaAllah.

Nota kaki ;

Saat penulis menulis segala pengalaman kerohaniaannya sepanjang berada di Mekah dan juga Madinah,saat penulis redha dengan segala ketentuan,segala kepayahan,segala pertolongan yang diberikan tanpa mengharap balasan,sebenarnya sesuatu telah tertulis buat penulis.Tanggal Julai 2011 yang lalu,penulis dan keluarga dengan izin Allah berhijrah ke salah sebuah universiti di Madinah,meninggalkan Malaysia,berumah di sebuah rumah kecil di Jabal Uhud,(dan masih lagi menghulurkan bantuan buat mereka2,terutama sekali rakan senegara untuk sama-sama mengecapi kemanisan beribadat di tempat yang penuh barakah ini),penulis diberi agar dapat untuk sentiasa dekat dengan Raudah,sentiasa memohon keampunan atas segala dosa-dosanya,sesungguhnya segala yang dilalui itu adalah rahsia Dia...


2 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

prof kamil mmg insan yang kamil. . pengalaman bertugas dengan dia mmg best. . selalu mendoakan untuk insan2 sekeliling dia. .rindu jugak nk dengar celoteh dia. .(oya)

Kakibuku berkata...

Itulah kan..tak sangka dr x pandai baca Quran..skrg dah berada hari2 dekat Madinah..kalau kita usaha,satu hari insyaAllah kita dapat apa yg kita hendak..:)