Selasa, 17 April 2012

Versus : Medan Yang Lama Menjadi Baru,Segar dan Lebih Rock Kapak!!!


Versus..rancangan baru di TV9..Tahu tentang program ini dari suratkhabar(lupa Kosmo ke Sinar Harian)..teringin nak tengok,tapi rumah kami sedang di landa demam Harry Potter..dari Sorcerer's Stone hinggalah Deathly Hallows..itulah yang dok diulang..Sampaikan saya termimpi Severus Snape!



Sehingga satu petang..dah Asar..anak2 saya laung..Pause Harry Potter dulu..solat..angkat kain di jemuran..Ammar pun cakap nak tengok Boboi Boy dekat TV3..mata tertancap..telinga pantas menangkap irama Otai..oh..Papa kepada 5 anak2 ini sememangnya inilah genre yang selalu di bawa dia bersama anak2..bersama2 rakan2 saat “Friendly Jamming Session’ kami!



Kami selalu membuai diri dengan irama Sweet Charity..Lefthanded..Search..Wings..dalam rangkaian Otai tempatan kami! Dan rancangan ini amatlah saya gemari..memartabatkan kembali lagu lama. Saya masih baru dengan program ini, masih kurang jelas formatnya. Lebih kurang formatnya,setiap kumpulan diberi tugas menggubah semula lagu Otai untuk menjadi sesuatu yang lebih menarik! Objektifnya, supaya anak2 muda,ambil inspirasi,cuba berkarya seperti Otai2..ambil resepi rahsia mereka,agar lagu2 kembali evergreen!



Oh..apakah mereka membaca entry Lagu Umph tak Umph saya itu? INilah yang saya cari..yang lama diingati..yang muda dihargai..dengan cara yang penuh beerti!



Pertandingan belum bermula,masih diperingkat awal,kumpulan masih di studio,persembahkan raw material masing2,tunggu undian sms,siapa yang layak ke peringkat seterusnya.Tak ada penyingkiran,Cuma saya dah terlepas konsert pertama,yang sempat saya lihat,persembahan di studio sahaja,mungkin itu rancangan ulangan barangkali.



Meet Uncle Hussein – Black Parallax..inilah satu2nya kumpulan yg paling menyerlah dalam minggu pertama,menyusun lagu2 Otai..kumpulan ini dapat lagu Pada Syurga Di Wajahmu.LAgu Nash nyanyi zaman saya sekolah menengah,saya teringat bersesak2 pergi Dataran Bandaraya,nak dengar Nash nyanyi,akhir persembahan,dia lontar hadiah,dalam banyak2 umat manusia,saya yang dapat,tahu apa saya dapat?CD Pada Syurga DiWajahmu..tapi entah dimana hilangnya,dan saya tak pernah dengar,zaman 1994,CD player adalah barangan mewah,komputer belum lagi sepenuhnya multimedia,tapi kenangan itu sentiasa tersemat kan!



Black,penyanyi undangan,Parallax nama kedua Meet Uncle Hussein,suara mantap(tak perlu dipertikaikan).Dan Parallax seperti biasa,kreatif dan tidak terlalu mencuba untuk menjadi terlalu kreatif,lam pada biasa terselit terlainan unik,yang penting sedap didengar!Digubah semula Pada Syurga Diwajahmu menjadi harmoni antara idea baru & lama tanpa merosakkan lagu asal.Kreativiti bijak dan penuh makna,selari dengan lirik asal!Saya kira Taja mastermind dalam semua ini,ditambah dengan idea rakan2,mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang lebih segar.

Sofaz – Tanya sama itu hud hud – Tak ada perubahan ketara -.Dah jadi macam gaya Kristal ataupun XPDC ubah lagu2 lama jadi lagu rock sahaja bunyinya!Muzik tambah rancak,tapi tak ada pembaharuan pada lagu.Kumpulan ini berselisih faham pada awalnya sebelum rakaman,mungkin masing2 main tanpa hati dan perasaan yang seratus-peratus bersedia.



Go Gerila – Aizat & Friends – Biso Bonar – Lagu yang amat sinonim dengan Hattan,bersuara kasar dan lantang,cuba dibawakan oleh 2 jejaka yang agak rendah dan penuh berhemah lontaran suara masing-masing,iaitu Aizat & Amir Jahari,dan percubaan mereka ternyata berjaya. Gubahan mereka sangat2 menggambarkan diri Aizat yang sememangnya seorang yang sarat dengan eksperimentasi penggunaan instrument yang pelbagai,tetapi dalam dilakukan dalam suasana harmoni.Dan mereka antara favorite juri dan juga saya!Inilah dia Biso Bonar versi rock-klasik!



Six Sense – Kau Lupa Janji – Lagu Jamal yang Angah masa zaman kecik2 suka sangat bukak CD dia,lagu pop yang iramanya agak biasa.Tiada bahagian yang mencabar. Tapi Sixth Sense gagal menukarkankannya menjadi lebih menarik.Penyanyi menyanyi seolah-olah terpaksa.Mungkin sebelum sampul pilihan lagu dibuka,tak pernah langsung barangkali mendengar irama Jamal Abdullah ini. Susunan lagu kelihatan kucar-kacir,namun jika diberi lebih masa,mungkin ada sesuatu yang lebih baik boleh mereka lakukan.Lagu mereka semuanya hit,sedap didengar,masa mungkin belum tiba lagi barangkali!



Hujan menggubah lagu dendangan Aris Ariwatan,Lamunan Terhenti....Lagu paling popular dikalangan peminta Karaoke.Key suara menaik yang tinggi tapi mudah untuk dikawal.Lagu balada-rock yang biasa,Cuma masih tiada pembaharuan,kecuali penambahan dibeberapa bahagian lagu.Belum cukup umph lagi,bagi saya tak sedap..juri kata sedap..Mungkin strategi Noh penyumbangnya ,awal2 lagi dah bagi gula2 pada Loque juri,siang2 lagi habaq dekat penonton,kami amat mengagumi Butterfingers yang memang sah2 Loque tu ahli dia.Jadi,takkanlah sifu tak nak bagi chance pada anak murid,ye idak?



Perjalanan masih jauh,hadiah lumayan,antara yang boleh pergi jauh,Aizat,Meet Uncle Hussein & Sofaz. Antara kumpulan di Malaysia yang berjaya menggubah lagu lama menjadi sesuatu yang lebih segar,sehingga menjadi satu fenomena, Cromok, Ulik Mayang!Ada sesuatu boleh dipelajari dari mereka.Untuk semua..All the best bro!

2 ulasan :

shaza berkata...

ni kat tv9 ke?? aku jarang sangat bukak tv9.. boleh di kira dgn jari dalam seminggu.. tak taulah kenapa.. mungkin sebab sekarang ni pun aku jaraaang sangat tgk tv..

Kakibuku berkata...

A.a..tp yg aku tgk kt tv3 punya,kira mcm balik tabir dia kot..itu pun x sengaja terbukak..sama jek dh lama x tgk tv aku pun...cuma suka tgk bila derang kena bwk lagu2 nash,jamal dll..meet uncle hussein mmg lg suka..dr Drama King sampai lagu pokok..so nak tgk blh x derang buat yg lg baik..cuma lps ni x taulah bila nk tgknya kan..hihi