Ahad, 17 Jun 2012

Kesedihan berganti kegembiraan..


Hidup manusia akan sering di uji, walau kadangkala ujian itu pedih, sedarlah setiap ujian itu sebenarnya untuk menguji kita sebagai hamba-Nya di bumi ini. Tetaplah berdoa, berharap agar satu hari kelak, ujian yang di terima ini menjadi hikmah buat diri kita semua kelak.

Rasulullah SAW pernah di uji dengan perginya dua insan tercinta yang selama baginda berjuang menyebarkan serta menegakkan syiar Islam, kedua-dua mereka inilah yang selalu sering memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada segenap segi buat baginda. Kedua-dua insan tersebut tidak lain tidak bukan, isteri dan juga bapa saudara baginda yang amat baginda kasihi. Kehilangan tersebut begitu memberikan kesan yang mendalam buat baginda.

Sesungguhnya, di dunia ini tiada satu pun yang kekal, yang hidup pasti akan mati, malam pasti berganti siang. Begitu juga kesedihan itu tidaklah selamanya berpanjangan apa lagi berkekalan, akan datang satu hari nanti, kegembiraan yang membawa sinar baru, harapan baru, membuang jauh segala kedukaan di muka bumi ini. Hanya Dia yang kekal.


Tibalah malamnya, malam di mana baginda di datangi Jibrail, melalui satu perjalanan dengan menunggangi Buraq, daripada Makkah ke Tanah Palestin, sebelum baginda di angkat ke Sidratul Muntaha merasai nikmat yang tidak pernah Nabi mahupun Rasul sebelumnya, iaitu, nikmat menemui Pencipta baginda dan makhluk sekalian alam ini!

Kesedihan itu akhirnya berganti dengan sebuah kegembiraan, sebuah khabar gembira yang datangnya tidak terduga...Melalui sebuah peristiwa, Israk dan juga Mikraj.


Nota kaki :
Hari ini 27 Rejab, disepakati oleh kebanyakan ulama bahawa inilah harinya peristiwa tersebut berlaku, namun terdapat juga sesetengah pendapat yang menyangkal. Ada kebenarannya, ini kerana peristiwa ini sudah mengambil tempat lebih daripada 1400 tahun yang lampau maka amatlah sukar untuk menentukan ketepatan tarikh peristiwa Israk & Mikraj ini. Namun, sebagai umat Islam, perkara pokok yang harus di pegang ialah mengimani peristiwa tersebut. Ambillah pengajaran sebanyak yang mungkin daripada perjalanan baginda..Insyaallah itu akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna dalam mengiringi 'perjalanan' kita kelak...Wallahu'alam.

2 ulasan :

shaza berkata...

Salam israk mikraj.. semoga kita mendapat pengajaran di sebalik peristiwa bersejarah itu.. sekaligus menguatkan lagi iman kita tentang kekuasaan Allah s.w.t.. Aminn..

Kakibuku berkata...

Aku selalu cuba utk mendalami,ambil iktibar dn seterusnya jdkan ia inspirasi atas apa shj yg berlaku pd baginda SAW..semoga dapatan yg kita terima dpt kita jdkan panduan utk didik anak2 kita kelak kan Shaza..:)