Selasa, 31 Julai 2012

Diari 10 Ramadhan 1433 Hijrah

10 Ramadhan berlalu, macam mana puasa semua? Saya masih lagi seperti biasa, walau makin hari makin tak larat nak berjalan, tapi semangat berpuasa dan meneruskan ibadat-ibadat lain masih berkobar-kobar. Cuma solat sunat tarawikh kami buat di rumah saja, kasihan ke mamanya yang seorang ini! Masuk Isyak, berjujuk sejadah dihampar, amboi ramai dan meriah jemaah kami, dan juga tak dilupa Jasmeen yang setiap kali abang2 dan kakak sujud, habis dikudanya sorang-sorang. Macam-macam ragam, kopiah Eca tercabutlah, Ammar sembahyang sampai tertidur, tapi bila difikir, kenangan macam ini sukar sebenarnya nak datang lagi, solat berjemaah sekeluarga, ramai-ramai aminkan doa dari Papa sendiri, adik yang kecik sekali datang kacau, semuanya ada. Lagi 6 tahun Alia dah habis SPM, masuk U insyaAllah, lepas tu, yang lain-lain pulak mengikut, akhir sekali duduklah saya dengan dia berdua dekat rumah, sunyinya dah terbayang..Tapi itulah roda kehidupan, hidup saya dulu pun macam itu juga, sekarang, ibu dengan ayah dan Mizi yang dah besar itulah yang tinggal dekat Skudai, Mizi kahwin esok-esok, berdualah mereka, sekarang ini pun ibu dengan ayah dah berdua, Mizi balik kerja lewat, lagipun dia dah besar panjang, maunya nak berkepit dengan ibu & ayah..

Perlahan

Perlahan..perlahan..dan amat perlahan. Tadarus kawan2 macam mana? Saya dengan sedihnya mengumumkan baru menghabiskan surah al-Baqarah, hajat di hati pagi tadi, lepas Subuh nak sambung al-Imran, sudahnya terlelap atas sofa, tengok2 jam dah pukul 8 pagi. Sedihnya..kenapa ya, kalau baca buku2 lain, fiksyen ke, non fiksyen ke..laju bukan main khatamnya, tapi, bukak al-Quran, merangkak-rangkak nak dihabiskannya walau satu surah. Kecewa saya!

Tapi saya perasan, bulan puasa kali ini, semua buku saya baca, semuanya berada pada muka surat yang ke5, tak lebih dari 10, mata cepat mengantuk bila mula nak membaca. Mungkin pemilihan waktu tak sesuai barangkali, waktu yang sering saya pilih, lepas Tarawikh atau lepas Sahur, perut kenyang agaknya kita cepat mengantuk kot!

Doakan saya paling kurang dapat habiskan sebanyak yang mungkin ya..

10 hari tanpa Pasar Ramadhan

Ini memang tradisi, saya jarang membeli dekat luar, dia tak berkenan, saya pun sama, sebab dah selalu terkena, makanan dijual tak dapat diterima tekak, tak sedap mungkin boleh diterima, tapi dari segi kebersihan, penampilan diri yang menjual, yang itu selalu jadi masalah, jadi selalunya jarang membeli. Walau kaki ini sebenarnya dah tak mampu nak menampung beban yang agak berat sekarang ini, saya masih tetap memasak sendiri juadah untuk keluarga berbuka, biarlah sambil duduk pun duduklah, ada orang lain lagi teruk, tapi boleh masak lagi kan, apatah lagi saya. Biarlah ringkas, tak sedap, asalkan berkhasiat dan suci. Kadang-kadang ada jugak pergi jenguk2 PARAM, tapi tak tergamak tengok yang menjualnya, yang biasa jual tu mungkin saya boleh terima, yang instant tu, masa bulan puasa baru nak berkecimpung, tak terbukak selera kami nak membeli. Setakat ini, tak ada yang pelik-pelik saya masak, saya pun tak pandai mana masak ni, setakat masak ayam masak merah, gulai kambing, ikan talapia bakar dengan cencaluk, ulam-ulam, itu jeklah. Dan menu yang ini paling selalu saya masak, western style, cehh..Lamb Rack..hehehe..sebab senang jek..beli jeklah dekat Mydin, balik rumah marinate dengan black pepper, balut dengan aluminium foil, terusssss...bakar! 30 minit sudah siap, juicy...Lepas tu, ikut kaedah Jamie Oliver..sprinkle kan dengan coriander/parsley..jangan potong, cabut dengan tangan satu-satu, tabur atas lamb, anak2 suka, mama setuju, mudah, cepat, pantas, berkhasiat, dan rasanya sekilo dia lagi murah dari sekilo daging lembu kot! Kalau mood rajin datang, saya buatkan mashed potato, mixed vege(tapi yang ini kurang sambutan) anak2 saya tak gemar sayur, takpelah, coriander tu masing-masing makan macam salad, kira sayurlah kan! Yang paling best, selalunya, banyak leftovers, Rachel Ray ajar, jangan membazir, masuk dalam peti sejuk, esok pagi sahur, reheat jek balik, jimat masa dan tenaga!

Secebis Kisah Ramadhan 1433H.


Kisah 1

Satu hari, kami balik lewat dari biasa, ramai orang dekat kedai, pukul 6.30 sampai rumah, pukul 7.10 saya baru mula nak bersilat di dapur, penatnya hari itu, Tuhan sahaja yang tahu, tak banyak saya nak masak, jantung lembu goreng, dengan sayur sikit. Nasi dah siap, nak suruh Alia, dia baru tahu masak nasi & jerang air, lagipun tadi dialah yang tolong saya angkat dengan jemur baju, kemaskan tempat nak makan, dia pun dah letih dah. Papanya macam biasa buka di surau, nak telefon suruh balik pun dah lewat sangat, baru saya nak potong jantung lembu tu, Dr WM telefon, tanya suami mana, saya balas, buka di surau, tadarus. Macam inilah Yana, datang klinik, ambil lauk (Dr WM memang selalu sedekah lauk,tak kira bulan puasa, tak puasa,itulah kebaikan yang selalu dia buat,patut murah rezeki dia kan..) Saya kata, Oklah, biar Yana ambik, capai kunci kereta,vroom..dalam kereta terbayang, besarnya kuasaMu Tuhan, disaat diri memang tak terlarat nak masak, tiba-tiba datang pertolongan yang tidak disangka-sangka,petang itu kami berbuka dengan ikan kerisi bakar sumbat lada(betul tak nama dia?) dengan kurma daging, sahur esoknya, barulah saya teruskan misi jantung lembu saya itu.

Saya teringat, dalam sepuluh hari Ramadhan yang berlalu ini, setiap kali berbuka, saya sering berdoa, kerna ada hadis sahih yang menyebut,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu sewaktu hendak berbuka puasa adalah doa yang mustajab. (Hadis riwayat Abu Daud) 
 ada lagi....
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak, iaitu doa pemerintah yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka puasa dan doa orang dianiayai. Akan diangkat doa itu oleh Allah ke atas awan pada hari kiamat kelak dan akan dibukakan baginya pintu langit, lalu Allah berfirman: Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan tolong kamu walaupun dalam masa yang sekejap saja. (Hadis riwayat Ahmad, Nasai, Tirmizi dan Ibnu Majah) 


 Maka. setiap hari, akan ada pelbagai doa yang saya sediakan, untuk saya, untuk kedua ibubapa, untuk dia, untuk anak-anak, dan salah satu doanya,
"Ya Allah, semoga kami akan sentiasa didekatkan dengan mereka-mereka yang jujur, yang ikhlas, yang bersahabat dengan kami keranaMu ya Allah, semoga kami akan sentiasa didekatkan dengan golongan yang soleh dan juga solehah yang baik budi pekertinya, agar dapat kami mengambil hikmah dan menjadi seperti mereka jua ya Allah, dan jauhkanlah kami dari mereka-mereka yang munafik, yang sering mengambil kesempatan dari kebaikan dan juga kelemahan kami sehingga menjauhkan kami dariMu ya Allah".

Itu salah satu doa yang saya ingat, dan saat saya memandu pulang dari Klinik Dr WM, sebak hati saya, saya sedar, sesungguhnya Dia telah kabulkan doa saya yang satu ini, saya berdoa dan juga berharap semoga Dr WM dan keluarganya akan sentiasa berbahagia dan beroleh kesejahteraan dalam hidup mereka, bukan sahaja di dunia malahan di akhirat juga. Begitu juga dengan mereka-mereka yang lain yang sama juga luhur dan ikhlasnya seperti Dr WM..yang akan selalu saya ingat dalam doa saya..

Kisah 2


Ini kisah Ammar, tradisi di surau kampung, andai ada musim buah, di bawanya buah tersebut, tak kira buah durian, rambutan, salak dan sebagainya, di letak di surau, dan setelah selesai solat berjemaah, masing-masing bebas untuk makan, tak perlu di tanya, ya..boleh makan sahaja. Selesai Tarawikh hari kedua, ada hamba Allah meletakkan buah salak, semuanya ambil, Alia, Angah, Eca, kecuali Ammar, jadi dalam kereta, mesti ada yang tak cukup buahnya kan! Berebutlah Ammar dengan Eca, Eca cekup Ammar, menangis dia, Eca pun menangis jugak, sebab dua-dua kena marah bergaduh sebab buah salak. Saya suruh Angah ambil lagi satu, tapi Ammar menangis lagi, sedih agaknya kena marah, kena cubit lagi dengan saya sebab bergaduh dengan adik dia.

Tiba-tiba..telefon Papa berbunyi, Mok Ngoh jiran sekampung telefon ajak makan durian dekat rumah dia, dia pun ada dekat surau tadi, teringat dekat kami anak beranak, diajaknya ke rumah, anak2 dengan cucu dia banyak dekat KL. Sekali lagi..nak bergenang air mata saya..berebutkan buah salak yang kecik, tapi sesungguhnya rezeki anak kecil ini semuanya amat murah malam ini, Dia mendengar rintihan Ammar yang baru sudah selesaikan solat tarawikhnya, sebiji salak di ganti dengan berbiji-biji durian rumah Mok Ngoh, bukan setakat makan di situ, Mok Ngoh bekalkan pulak berbiji-biji lagi durian di suruhnya masuk dalam boot kereta kami.

Sekian, itulah secebis kisah Ramadhan 1433Hijrah kami...W.A...

2 ulasan :

mikamusz berkata...

rezeki yang tak pernah disangka.. bersyukur dengan nikmatnya...

Kakibuku berkata...

Sesungguhnya hanya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..