Sabtu, 21 Julai 2012

Pertama Ramadhan

Pertama Ramadhan 1433 Hijrah amatlah indah..indah bukanlah kerana Jasmeen sudah mula berpuasa (dia masih 2 tahun ++)..tapi indah kerana pertama kalinya semalam, saya, dia, Jasmeen & anak2 yang lain berkesempatan solat Terawih berjemaah bersama di surau kecil kampung kami. Dan saya rasa inilah juga pertama kalinya dalam sejarah hidup saya & dia juga, bersama keluarga yang lengkap menjejakkan kaki bersama tunjuk sujud di malam pertama di bulan Ramadhan mencari keredhaan Ilahi agar Ramadhan kali ini menjadi titik mula bagi kami memperbaiki kesilapan diri, menambah ilmu, beribadat dengan penuh rasa keinsafan agar kelak dapat membantu kami di sana kelak, InsyaAllah.

Kisah bermula saat saya menyiapkan pakaian anak2 lelaki ke surau bersama papa mereka, Jasmeen sudah mula menangis mahu mengikut, mengenang diri yang kepenatan dari petang mengemas rumah, memanjat kerusi membuang segala 'spider web' yang dah lama bersarang di syiling rumah, saya merancang terawih di rumah sahaja. Tetapi, kasihan pula tengok Jasmeen, fikir punya fikir, apa salahnya ke surau, Jasmeen sudah besar, dia pun 'diaper free', dah berhenti BF, dah pandai terima arahan, saya senyum tengok dia, oklah, jom kita semua pergi terawih.Sambil bersiap, rasa teruja memang tak dapat nak elak, tapi sebenarnya lebih kepada terharu, selalunya saya memang berangan nak ke surau berjemaah, tapi selalunya terikat dengan anak kecil, bermula dari 2005 hingga 2012, saya memang dikelilingi oleh anak kecil 1-2 tahun silih berganti. Jadi bila kesempatan sebegini datang, rasa 'sesuatu' dalam diri memang susah saya nak gambarkan.

Dalam kereta, saya asyik cakap dengan dia, "Sayang,tak sangka kan?..err..Ini 'first time' kan kita buat macam ini?..Macam-macamlah..Saya juga teringat belum telefon ibu, belum lagi minta dia ampunkan segala kesilapan saya agar dapat saya tunaikan ibadah puasa kali ini dengan tenang, saya juga nak kongsi, ibu, dengarlah hari ini cucu-cucu ibu semua nak pergi terawih, mesti ibu bangga! Tapi, sayang, telefon kesemuanya tak berjawab, ohh..jam pukul 9 malam, haruslah ibu dan ayah di masjid juga saat ini. Alhamdulillah,solat kami semua berjalan dengan lancar,cuma sekali Jasmeen cakap nak wee..wee..berkejar saya bawak dia pergi rumah in law sebelah surau,nasib dekat...Dan dalam perjalanan pulang ke rumah,syukur dapat berbual panjang dengan ibu, minta dia berkati agar perjalanan Ramadhan saya kali ini menjadi lebih bermakna lagi. Malamnya,semua tidur awal,bangkit sahur dengan nasi,ayam goreng dan sayur chapchai ala orang mengantuk di pagi hari..Dan bermulalah episod puasa kami di bumi Kelantan ini untuk tahun 1433 Hijrah, semoga Tuhan akan sentiasa melindungi dan merahmati kami sekeluarga di dalam kembara kali ini, Amin.
Saya dan Jasmeen pada Syawal 1432 Hijrah yang lepas,baru pulansg dari berlebaran sementara menunggu solat Isyak, istimewa tentang gambar ini, telekung itu..pemberian seseorang yang istimewa, yang walau sejauh Jerman,dia masih menghubungi saya, dan telekung itu hadiah dari dia buat saya dari Jakarta..Terima kasih kawan..dan kini dia sedang memasuki fasa baru dalam hidupnya..semoga dia akan selalu sukses dan berbahagia di samping insan yang dicintainya dan juga yang mencintainya..Allah..rahmatilah sahabatku ini...

6 ulasan :

mekchu berkata...

gunakan peluang ni sebaik mungkin.. thn depan dah ada anak kecik lagi.. ngeee...

min-min pun dah besar, cuma keadaan fizikal kita je la samada menginzinkan atau sebaliknya..

Selamat menjalani ibadah puasa wahai sahabat :)

Kakibuku berkata...

Tq sahabat..
Kalau ikut thn depan,insyaAllah baby dah setahun kot..mmm..mmg mencabar..tp thn ni pun mencabar..perut dah besar..nak tukar posisi dr sujud ke duduk mmg senak perut..lg2 kalo buka puasa makan bnyak!
Selamat puasa penuh ya Suraya!

tiniemainy berkata...

alhamdulillah,harap harap kebahagiaan dunia dan akhirat akan kekal dan menjadi milik kita semua.insyaallah,ameen.
(ehh dah macam bahasa yana plak,hik hik)

Kakibuku berkata...

InsyaAllah Tinie..:)

Noor Diana Tumpang berkata...

yana...alhamdulillah, seronok sgt baca life yana kat sana...mcm baca novel plak rasa heheheh

xoxo7975@yahoo.com berkata...

Syukur pd rahmat-Nya..:)