Khamis, 27 September 2012

Lepas 40

Dekat Kelantan,tempoh berpantang ialah selama 40 hari,biasanya bahasa mudah untuk menggambarkan kita sudah bebas confinement ialah, Lepas 40...

 Perkembangan lepas 40, memang banyak yang 'berkembang', Adelia dah kena satu jab,Hep B, brat dia pun Alhamdulillah naik, 4 kg..lupa point berapa. Dan mama dia pun naik jugak beratnya, 60.2 kg...Fuhhh..memang rekod, dari anak pertama sampai ke lima, biasanya lepas 40 berat dalam lngkungan 50-55kg jek,dah bila baby setahun,barulah akan ke berat sebenar 47-49kg, sesuai dengan tinggi 159. Tapi dengan Adelia..wow..patutlah rasa banyak baju yang sendat.

 Macam mana tak berkembang, biasanya dalam pantang saya tak kuat makan, saya selalu buat kerja-kerja rumah, rimas bila asyik duduk jek...Tapi kali ini, 100% papa Adelia jaga saya berpantang. Masak, kemas, anak2, semua dia uruskan, bahagia sungguh rasanya..Saya? Cuma perlu jaga baby, makan, tengok tv, baca buku dan tidur..Sedar tak sedar..60.2 kg..hihihi..Seluar2 saiz 27 tu memang lambat lagi boleh sarung ya..:)))))

 Dalam berkembang, ada satu kisah agak mencuit hati terjadi dekat klinik masa bawak Adelia tempohari, saya dukung Adelia, dia tak nak duduk,saya dodoi dia kesana kemari, ada seorang makcik dari tadi saya perasan dia tengok kami, saya, Adelia dan papa Adelia, yang lain2 tak ikut. Saya perasan dia nak tanya sesuatu, dan saya rasa saya boleh agak dia nak tanya apa.

 Apa agaknya makcik tu nak tanya?

 Cuba teka?

 Tekalah....

 Ini soalan tipikal buat kami berdua, mama dan papa Adelia. Makcik tu tanya.

 "Anak sulung ya?"

 Aduh, mula2 saya nak jek iyakan, tengok muka papa Adelia, dia senyum..saya tahu apa nak jawab...

 "Yang keenam makcik,"

Mode : Tunduk..Bersyukur Kurniaan Ilahi

4 ulasan :

shaza berkata...

Zana, memang betul tau.. kalau tengok muka ko macam muda remaja je.. tak sangka anak dah 6..

yana berkata...

Ini kira2 mcm ala2 Halle Berry ke..hehehe..makin tua..makin muda..Apapun yg penting sihat,sbb kita kena sihat,baru blh jaga keluarga kita,itu yg mak aku selalu pesan..

Azrey Rozie Eiman berkata...

alhamdulillah... 6 dah :)

yana berkata...

k.rozie..
:)
tq!