Isnin, 3 September 2012

Nota Adelia..

Salam Lebaran semua..ini saya, Adelia, hari ini saya dah berusia 21 hari. Sebelum Adelia nak cerita panjang2 macam Mama selalu buat, Mama pesan suruh Adelia ucapkan terima kasih atas ucap selamat dan doa dari makcik2 dan pakcik2 semua yang Adelia dan Mama terima dekat wall FB Mama. Mama kata ada 106 ucapan yang tak sempat mama nak balas, sebab Mama hari2 kena berulang ke hospital, Adelia kena tahan dekat wad Neonatal, sebab Jaundice atau demam kuning, jadi Mama tak sempat nak buka dan balas, cuma ada satu jek mama letak komen, yang selebihnya, nak tekan butang like pun Mama tak sempat!
Yang tak terbalas..tapi kami tetap ingat!

Tapi jangan risau, Adelia dah keluar dari hospital dah, cuma kadang2 Adelia kena pergi klinik, doktor nak periksa Adelia dah betul2 sihat atau belum. Untuk semua, Adelia ucapkan terima kasih atas ingatan dan doa yang sarat dengan sinar bahagia buat Adelia, Mama & juga keluarga kami, dan Adelia doakan semoga kita semua akan dikurniakan hidup yang gembira dan juga penuh warna-warni. Huwargghhh..Adelia dah mengantuklah, jadi baby kena selalu tidur, Mama kata nanti cepat besar. Adelia serahkan tugas mengarang kisah seterusnya pada Mamalah. Nanti, bila Adelia dah besar macam kakak Alia, Adelia sambung tulis pulak ya. Daa..

6 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah..tahniah akak=)

tumpang gumbira ..tak lama lagi mekchu pulak kan..
sama2 ntikan `najwa` mekchu..

yana berkata...

Tq dek..InsyaAllah..Najwa n mummynya selamat..

mekchu berkata...

welcome to the world beautiful adelia :)

ema berkata...

tahniah sekali lg utk zana..i'm proud of you..salute dgn kau krn begitu tabah membesarkn ank2..cuba fikir 20 thn lg..mesti meriah bila diaorg dh besarkn?..ALLAH always bless you!

mikamusz berkata...

pandai dia.. hehehe..

yana berkata...

Tq Acik Suraya...Adelia x sbr nak jumpa Najwa!

Ilma...thx..aku harap yg sama jgk..walau aku hrp biarlah masa bergerak perlahan..sbb aku tkt bila msg2 dah besar..aku plk sunyi kt kg!

Musz..pandai kan Adelia..hehe...