Rabu, 12 September 2012

Nota Buat Adelia

Adelia Adni..mengandungkan kamu sarat dengan pelbagai ujian, namun mama tahu Tuhan itu Maha Penyayang, ujian itu adalah sebagai tanda bahawa Dia sayang dengan mama, sayang dengan dirimu, dan Alhamdulillah mama berjaya lalui kesemuanya bersama2 dengan kamu. Dan yang paling manis, melahirkan kamu adalah yang termudah di antara kakak-kakak dan abang-abang kamu yang lain, Mama ke labor room dengan senyuman, contraction pun tidak sekuat mana, minor mungkin, hinggakan doktor pun turut tersenyum! Doa mama, Ya Allah, permudahkanlah semuanya. Dan, Allah.. Seminit setengah! Itulah masa yang diambil dalam perjalanan kelahiranmu Adelia, hinggakan papa pun tidak sempat menyambut kamu seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh dia selama ini!


Adelia selepas keluar dr labor room (Day 1)


Adelia baru keluar dari Wad sbb jaundice (Day 4)

Tok Wan dan Tok Ibu datang menjenguk kamu tanggal 4 Syawal, dan Alhamdulillah kamu di tahnik oleh seseorang yang selalu mama kagum akan betapa penuhnya ilmu agama beliau dan paling penting, ilmu itu diperturunkan oleh beliau tanpa jemu di setiap kesempatan yang beliau temui. Bayangkan betapa banyak malaikat yang selalu sering mendampinginya?


Adelia di dukung Tok Wan






Walau Syawal 1433Hijrah ini mama berpantang, namun papa amat memahami, dialah yang menguruskan segala-galanya. Pagi raya, rumah sudah berubah wajah, papa catkan rumah kita dengan warna ungu, rupanya sedondon dengan baju raya kita bukan? Juadah raya? Papa bersengkang mata, masakkan nasi impit, ayam masak merah, papa gulai kambing, walau sibuk, jagaan untuk ibu berpantang papa tetap jaga, papa sediakan mandian teresak untuk mama, bawakan mama berurut, uruskan anak2..sungguh, mama benar2 terharu. Allah...nikmatMu amatlah besar,,




Kenangan Raya 2012


8 ulasan :

mikamusz berkata...

terharunya baca bila cik abang uruskan persiapan raya sambil menerima orang baru.. Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan rezeki dan kesihatan yang berlipat ganda buat kalian...

yana berkata...

Tk musz..kdg dlm duniA ini ada sesetengah perkara itu diluar jangkaan kita..dan sukar dimengerti..itulah rahsia Ilahi..

Noor Diana Tumpang berkata...

yana...sedih plak org baca entri nih. tapi macam tak complete entry nih, ada nota part 2 ke?

yana berkata...

Oo..aritu..Nota Adelia..yg ni penutup dia..Nota Buat Adelia..mc D nak nangis ke?Wah..agak berkesan jgk gaya penulisan yana ek..terharu plk..teruskan baca ya.,:)

Azrey Rozie Eiman berkata...

congrats yana dpt baby baru. alhamdulillah Allah kurniakan happy family & suami terbaik utk yana. semoga terus bahagia & berkekalan.

suka la color cat tu. sweet!

yana berkata...

tq kak Rozie atas doanya..

cat tu ambik idea dr ikea punya catalog,thn 2009 kot..x sangka bila dah siap kita pun yg selama ni x berapa dgn purple jd suka!

tiniemainy berkata...

yana,tahniah utk baby adelia!!sorry lambat.terharunya baca tulisan ni.alhamdulillah dan insyaallah Allah akan beri yg terbaik utk yana,anak2 dan famili.

yana berkata...

T.kasih Tinie atas doa & ingatan..
Itulah yg Yana selalu harapkan,yg baik2 dalam hidup Yana.
Walau kadang2 datang ujian,dan sampai kita terduduk,namun akhirnya Yana sedar ujian itu adalah kehidupan kita,keperluan kita,dan perlu kita laluinya.Sesungguhnya yang didunia ini adalah satu ujian,tak selamanya kita disini,tapi amalan kita disini dikira untuk penentuan hari esok. Yang penting adakah kita lulus/tidak,ataupun lulus biasa2 atau lulus dgn cemerlang..jadi Yana harap Yana dapat 4 Flat dalam semua ujian Yana!Walau mula2 tak lulus,tapi kita boleh perbaiki keputusannya kan? Semoga kita semua berjaya didunia & juga akhirat.