Khamis, 6 September 2012

Teman Pengganti..

Ketawa bersama,Menangis bersama,Ku bersumpah harap kita mati pun bersama..Syahdu tak ayat ini?Tapi..bukan-bukan..bukan saya yang tulis..Itu lagu baru Black & Malique..Sekali dengar macam ada jiwa Suatu Masa, M.Nasir..

Apapun, cuba hayati lirik dia, bermakna tapi sedikit tersirat! Pertama kali tahu Black nyanyi dengan Malique bila saya tengok TV9, Black pergi Australia, buat Sky Dive, dia punyalah takut, dan sangatlah tidak menyorokkan rasa takut dia yang amat, memang terserlah sempoi dia.

Jadi, bila gabung dengan Malique, saya dah agak, lagu mesti yang terbaik, baru tadi google, memang ya, terbaik. Terus, jadi lagu tema sejutawajah. Ini liriknya.. 


Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique 

 Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka Beberapa purnama dulu cinta bertahta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya, bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah *Rahsia ini Telah lama ku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks Bila dunia seolah tak memahami Kau sudi selami, dalami dan mengalami Setia mendengar, sentiasa hadir Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal 70 000 hijab harus ku singkap Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap Dalam diam ada, seorang yang ku puja Kau teristimewa tapi dia yang sempurna Ulang * Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan Dalam persekitaran yang penuh kejumudan Terperangkap dalam jasad, ku keliru Mujur ada kau si peneutralisasi pilu Namun aku tetap murung, berkurung Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput Komplikasi di halaman rusuk kiri Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri Lagu ini yang terakhir aku sajikan Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan Jaga diri, jangan makan hati Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi Cincin, kunci, dompet dalam laci Ada sikit wang, itu saja baki Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti Aku kan pergi Bertemu kekasih abadi Tiba masanya Kau cari teman pengganti 

 Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz25gCK4el9

2 ulasan :

ema berkata...

lagu fav aku ni..liriknya mmg touching:)

yana berkata...

Aku rasa lagu ni utk sesiapa yg terlalu obses dgn sesuAtu