Isnin, 1 Oktober 2012

Gambar Passport Nak Pergi Luar Negara?

Kali terakhir ambil gambar passport 6 tahun yang lampau, nak beli kereta masa tu. Nak beli kereta pun kena ada gambar passport ya?(Baru tahu..)

 Jadi, hari Rabu minggu lepas, untuk pertama kalinya saya sekali lagi membenarkan muka untuk di ambil gambarnya. 

Bila dah siap, anak-anak sibuklah tanya. Mama nak pergi luar negara ke? 

Iya..Mama nak pergi Diagon Alley, Kamu semua kan sibuk nak ada sorang satu wand, Mama nak pergi sanalah.Jangan risau, nanti Mama singgahlah Ollivanders beli 7 wand, 6 untuk kamu, 1 untuk Mama, siapa degil2 siap! Oh..Eca nak Monster Book ya, oklah Mama pergi cari dekat Flourish and Blotts, kot2  Gilderoy Lockhart buat auto session dia, boleh jugak Mama dapat satu untuk kakak Alia.

Habis tu dekat sana Mama nak tidur dekat mana?

 Dekat Leaky Cauldron kot..takut pulak nak tidur dekat 12 Grimmauld Place , nanti tersepit badan mama bila bangunan dia mengecik. Mama nak naik Knight Bus, senang, taklah tersangkut dalam jam, bas tu kan boleh menguruskan badannya. 

Siapa nak ikut Mama ni?????

Kitorang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(semua angkat tangan, termasuk Min2, kecuali Adelia yang tengah sedap menyusu)

Kalau macam tu, kena ada passportlah..dan kena juga ada gambar passport..

Macam gambar passport Mama ni...


;)

p/s Mama nak pergi Jabal Uhud sebenarnya...InsyaAllah...dan gambar passport tak semestinya untuk passport dan untuk nak pergi luar negara shj, tapi juga untuk......

:)

   

2 ulasan :

shaza berkata...

nak pegi interview?

yana berkata...

Emm..hampir-hampir tepat..tapi bukan jawapan sebenar..hehe