Isnin, 15 Oktober 2012

Kali ini..ini pula yang naik!!

Hari ini cuba seluar yang bersaiz 29..hasilnya..urkk..memang tak tercapai butang nak bertemu pasangannya..Cuba saiz 30..aduh..lega sikit,walau nampak kulit tak berapa nak bernafas..Lusa pergi klinik,kita tengok,sudah turun kah?Atau lagi naik kah?Harap2 turun.. Naik Tapi yang ini naik,memang saya terperanjat,sebab tak pernah naik macam itu. Dua hari saya migrain,konon2 nak diet,bangun pagi2,makan donut, tengahari makan mee goreng jek,cuba elakkan nasi,walau sebenarnya kuantiti donut dgn mee itu 2x ganda dari yang selalu saya ambil! Hasilnya..sakit kepala..nasi tak makan..perut orang yang dah terbiasa dengan stail Kelantan,nasi itukan wajib,teruslah migraine..tambah dengan panas yang menggelegak sekarang ini,memang terbaik. Malamnya, jumpa Kak Na, blood pressure..130... Naik..Kenapa ya? Makan banyak, malam2 berjaga, exercise zero..Hohoho Amalan gaya hidup sihat sudah harus dimulakan,berat badan dan pinggang yang ramping, peha dan betis yang kecik bukan idaman,tapi sihat yang saya kejar.. Ayuh!!! Semangat.. Janganlah kuak lentang sudah..huhu

2 ulasan :

shaza berkata...

Zana, lame aku tak update blog.. ni baru baca entri ko.. Bukan ko je, berat aku pun naik gak.. Satu hari makan nasi sampai 3 kali.. Orang kate kalau bf baby mmg cepat lapar (alasannn).. Tak tau bila nak start diet..

yana berkata...

Betul..dulu2 masa aku bf..selalu x mkn..jd selalu migraine,skrg ni aku dah ubah sikap,nak bg anak sihat,mak pun kena lg sihat!Biarlah aku x slim mcm dulu,yg penting aku dpt jaga keluarga dgn baik!Nanti lama2 turunlah berat badan..aku x start lg xtvt berat,panjat bukit,jln2 tepi sawah,dll...tunggu lps 100 hari nanti,aku nak start..Ko kena naik Bukit Antarabangsa jalan kaki tolak stroller baby soraya..hihi..