Rabu, 10 Oktober 2012

Kisah Sahabat..

"Sahabat yang baik umpama kasturi, ke mana pun kita, pasti kelak akan terpalit keharumannya, manakala sahabat yang tidak baik umpama asap di dapur, menyesakkan dada dan menyakitkan mata, membuatkan kita hendak selalu lari dari bertemu dengannya,".

Pepatah Arab..

Dulu-dulu saya selalu tak ambil pusing bila ada yang nasihatkan, jangan berkawan dengan orang yang macam ini, dia ini, si polan ini..dll..Sebab bagi saya, walau orang itu teruk macam mana pun, saya sebagai orang yang waras, pasti boleh menepis sebarang kemungkinan untuk saya terpengaruh dengan mereka-mereka ini. 

Ya betul..Tapi betul bahagian yang terpengaruh..

Bahagian menyesakkan dada?

Saya silap..saya khilaf..

Dalam bersahabat, ada yang mulut macam petir, tegur ikut suka jek..Tak mengira hati dan perasaan orang..Sehingga kita rasa berkecil hati, kita jauhkan diri untuk bertemu dengan sahabat sedemikian.

Dalam bersahabat juga, ada yang bermulut manis, tak pernah salah kita di temuinya, semuanya baik2 belaka....Sehingga kita merasakan itulah sahabat sejati kita, sahabat dunia & akhirat.

Sehinggalah satu hari...

Kita dibukakan hijab, bahawa yang menggegar suaranya menegur, itulah yang jujurnya, yang berkata-kata sehinggakan lembut gigi dari lidahnya, itulah yang sebaliknya.

Terkadang saya pelik, kenapa ada insan-insan diluar sana, yang mengaku bersahabat dengan kita, yang kita benarkan masuk dalam keluarga kita, dalam kerja kita, dalam dunia kita, sanggup membuang rasa malu, sanggup memilih untuk mengkhianati kita, sanggup untuk berpura-pura.

Lagi pelik, bila boleh pula ditekankan niatnya baik.

Ampunkan dosaku Ya Allah..

Melakukan sesuatu yang merosakkan dan juga mengkhianati kepercayaan dalam persahabatan, dikatakan niat baik???????

Ingatlah

Niat berkadaran dengan amalan.

Kita berniat bersedekah, kemudian kita mencuri untuk bersedekah.

Adakah sedekah kita diterima?

Sila jawab...

Kenapakah sahabat-sahabat seperti ini sebelum mereka memilih untuk mengkhianati saya, tidakkah mereka berfikir dahulu, bagaimana agaknya perasaan saya kelak? Adakah perbuatan mereka ini betul disisi agama? Sebenarnya mereka boleh memilih untuk tidak mengkhianati sahabatnya sendiri, tetapi, tidak mereka memilih untuk terus melakukannya..kerana apa?

Kerana..

mereka lupa untuk berfikir..

Mereka lalai dan leka

mereka

.T.A.M.A.K.

Dan akhirnya, jadilah mereka seperti asap di dapur, saya tidak mahu dekat dengannya..

Sungguh menyesakkan dada..

 Akhirnya yang membezakan kita ialah ilmu,...Ilmu bukanlah semata-mata ada ijazah, bukan semata-mata tamat Tingkatan 6. Ilmu ialah kebijaksanaan untuk menilai apakah yang baik dan yang tidak, dan saya kira orang tidak bersekolah, tetapi bijak dalam menilai pertimbangan aturan keharmonian kemanusiaan, itu adalah lebih berilmu daripada anda..wahai sahabat..

 KASTURI


Tapi, janji Allah adalah benar,

"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." - al-Insyirah

Alhamdulillah Dia hantarkan kepada saya sahabat yang sebenar-sebenarnya.

Sahabat yang membetulkan saya apabila saya tersalah jalan, sahabat yang membantu kala saya sempit, sahabat yang menjaga saya bukan untuk kepentingan dirinya, bukan juga untuk kepentingan diri saya, tetapi demi untuk kepentingan agama. Dan saya berdoa agar dapat saya sedikit palitan kasturi mereka itu agar dapat saya memberikan pula buat yang lain.

s.y.u.k.u.r
s.a.a.t
d.i
u.j.i

2 ulasan :

Noor Diana Tumpang berkata...

yana, i need a LIKE button here :)
like like like!

muhammad shakir che soh berkata...

Assalamualikum,saya memohon utk iklan skit ya.jz.
Jika anda memerlukan barangan kelengkapan haji dan umrah, serta keperluan harian dan perjalanan seperti kayu sugi, kompas kiblat, quran tafsir per kata, buku2 rujukan agama, tasbih digital, habbatus sawda dan pelbagai minyak wangi dan juga DAUN BIDARA....anda boleh lawati kedai online kami di http://www.facebook.com/kedaisunnah