Khamis, 4 Oktober 2012

The big Day ; Amys Laila!!!!

Ohhhh..sepatutnya cerita ini keluar 3 tahun yang lepas, tahun 2009, tahun saya mengandungkan Jasmeen, tapi..apakan daya, 3 tahun setelahnya, setelah Jasmeen dah ada adik pun, setelah Adelia lahir ke dunia ini, hari ini, 4 Oktober 2012, barulah keluar cerita dan gambarnya. 

Better Late Than Never!

Satu-satunya adik perempuan saya, Amys Laila, bukan nama sebenar, hehe, selamat mendirikan mahligai cintanya dengan pilihan hati dia yang handsome itu, King Diego. Nama manja Amys Laila, Siti, ok, Siti adalah sangat cantik, menawan, dan stunning pada hari bahagianya. Dan saya akui, dia memang lagi cantik dari saya, dulu zaman saya duduk asrama, kawan2 selalu cakap, eh,adik kau lagi cantik dari kau, (ayat..agak2lah..lain kali cakaplah, korang 2 orang memang sama2 cantik...hehehe) Dulu2 saya selalu buli Siti. Saya garang dengan dia, tapi walau garang, saya sayang dia, saya ikut ibu, ibukan garang, walau garang tetap sporting dan manjakan kami semua, kalau ada apa2 takut nak mintak dengan ayah, dengan ibulah tempatnya....Jadi saya samalah macam ibu, Amys Laila kecik2 asyik kena leter jek dengan saya..sorry ya Siti..Sekarang Amys Laila sudah jadi Mejar...shhhhhh..Tapi tak pastilah apakah tahap kegarangan dia macam mana..hihi

Photographer yang shoot Amys Laila, tak lain tak bukan, salah seorang sahabat baik saya zaman universiti dulu. Sahabat yang sama2 nak keluar matrik(akhirnya grad jugak..tsk..tsk),sama2 minat nature(terkenang kelab kembara yang tak pernah buat aktiviti kembara,huhu..setiausaha pemalas buat paper work)cuma yang tak sama, dia kreatif sangat2, pandai melukis dll berkaitan dengan seni, dan dia pernah lukis muka saya, sebijik,esp tang hidung kembang(fio, lain kali,lubang hidung tu kecikkan sikit ya..ngee..)

Alfian Mesebah
aka
FIO

Banyak wedding photographer dekat luar sana, setiap orang ada citarasa masing2, tapi bagi saya, saya suka kerja Fio, sentuhan kerja dia 'bersahaja', tak terlalu berat / ringkas, setiap gambar ada cerita. Masa tahun 2009 ni, Fio ada bawak adik dia jugak dan adik dia juga adalah sehebat abangnya juga, Effendi Mesebah, boleH check link dia,DEES PHOTO , even kakak Hanis Zalikha pun ambil dia untuk shoot wedding dia. Wedding Kakak Hanis 

jADI...Ini antara hasilnya....



Gelas Ibu...


Flower Girls..


Ayah saya memang tak merokok...


\Sepupu..anak sepupu..kupu-kupu...




Pin tercabut..


Left right..left right...

Akad nikah..yg ini jek online version..yg lain2 tak sempat saya tengok lagi..














2 ulasan :

shaza berkata...

Zana, masa ko datang rumah aku tu lepas wedding adik ko ni kan... maknanya dah 3 tahun la kita tak jumpa.. cepatnya masa berlalu..

yana berkata...

Eh..ye ke shaza..jap..aku tgk entry yg ko buat dulu utk aku..hehe..
http://shaza79.blogspot.com/2010_03_01_archive.html
Betul..bln Nov 2009..yg tu kenduri belah lelaki..
Skrg..Oct 2012..mmg cepat masa berlalu..tp ank2 aku still ingat kat ko n family..