Rabu, 23 Januari 2013

Usrah Pertama

Alhamdulillah semalam usrah pertama aku..sebenarnya dah lama aku teringin pergi majlis2 ilmu macam ini,..tapi kadang2 timing selalu tak menyebelahi aku ..dan semalam akhirnya aku dapat pergi..Yang paling bermakna...Teka apa?Aku pergi dengan Adelia..siap dengan baby carrier bagai..mula2 bimbang jugak aku..ialah takut orang kata apa pulak..Alhamdulillah sampai2..Naqibah puji sebab usaha aku bawa anak sekali..sebab dalam B.Arab dia kata Usrah tu maksudnya keluarga..dan dia galakkan yang lain2 pun bawak anak macam aku!Dan Alhamdulillah Adelia dapat bersama2 aku..dikelilingi beribu2 malaikat..damainya hati dan perasaan aku..Allah saja yang tahu..Usrah pertama ni topik dia surah al-Kahfi..ramai kot yang tahu..cerita tentnag pemuda2 beriman yang ditidurkan Allah selama beratus tahun dalam gua untuk dilindungi dari pemerjntah yang zalim dan dibangunkan semula setelah itu..Aku kena baca sedutan sikit dari pengajaran surah tu..Dalam bahasa Jawi..dah lama aku tak baca kuat2 jawi ni..teringat aku zaman masa sekolah agama dekat JB dulu..Pengajaran dari surah ni..banyak..aku amik satulah ya..Allah itu maha berkuasa,dia mampu mematikan dan menghidupkan sesiapa yang dikehendakinya..Jadi hanya kepada Allahllah kita meminta pertolongan..Harta benda di dunia ini hanyalah perhiasan semata2..hanya iman dan amal kitalah yang akan membantu kita di akhirat kelak.Jadi..janganlah kita takut kepada pemimpin2 Yang zalim, fasik dll..Janganlah kita takut sekiranya kita membantah kehendak mereka kita akan dinafikan hak2 kita..Janganlah kita takut seandainya kita tidak menyokong pemimpin2 tertentu,kita tidak akan beroleh kerja, kita tidak beroleh projek, kita mahupun anak beranak kita akan ditukarkan ke daerah2 terpencil kerna tidak mengikut arahan diberikan...Percayalah..rezeki itu datangnya dari Allah..percayalah Dia lah satu-satunya yang mampu membantu kita di kala susah mahupun senang..Harta, jawatan dan pangkat yang kita kejar itu semua adalah perhiasan dunia..Macam mana?Boleh tak aku bagi tazkirah?Aku masih lagi merangkak2...harap yang membacanya dapat sedikit sebanyak ilmu darinya..dan harap2 dapat aku ikut majlis2 ilmu macam ni lagi..Doakan aku ya..W.A

Tiada ulasan :