Ahad, 24 Februari 2013

Jom Semak Daftar Mengundi!!!


Cuba teka hari Jumaat lepas hari apa? Bagi aku, hari Jumaat lepas hari mengemas rumah..sebab cuti..Tapi sebenarnya ada sesuatu dijangka berlaku hari tu..Hari Jumaat, 22 Feb 2013 diramal sebagai terbubarnya dewan Parlimen serta dewan undangan negeri di Malaysia kecuali Sarawak, tapi tak jadi. Tapi dah namanya ramalan..Kadang betul..kadang tak…Apapun…semboyan dah mula berbunyi…untuk semua para pengundi berdaftar sama ada di Malaysia mahupun di luar Negara…tak lama lagi nak Mengundi!!!!!

Okay…

Meh nyanyi sikit..

Marilah Mari..
Pergi Mengundi…
Jangan Lupa Kewajipan..
Pada Negara!!!!!

Jadi…sekarang inilah masanya untuk semua pengundi2 berdaftar sama ada di Malaysia mahupun di luar Malaysia menyemak daftar mengundi masing-masing, agar tidak berlaku kekalutan pada HAri PEngundian kelak!

Semak dekat mana?



MAsuk jek website SPR

..masukkan ic ..tekan ENTER..

Nanti keluarlah..Nama..Pusat Mengundi dan Saluran Mana..

Kena semak betul2..sebab ada orang kata SPR punya daftar pemilih kotor..BERSIH? Siapa ingat BERSIH? Yang orang KL dok maki..yang orang2 Shah Alam dok kutuk..jam sana-sini nak pergi shopping susah..BERSIH yang dok berarak ramai2 atas jalan tu..kalau semua nak tahu…salah satu tuntutan diorang ialah BERSIHKAN DAFTAR SPR…

Kenapa?

DAftar SPR Kotor ker?

Nampak Bersih jek..tak ada apa2 eh..
Mana ada pengundi hantu ni…
A.a..tak pernah pulak kena tangkap…
Tapi Suruhanjaya Diraja projek IC..dekat Sabah..melaporkan..beribu2 IC diberi pada pendatang asing..dengan mudah..Che De(Dr.Mahathir) dok salahkan Tunku pulak...
dia kata..dia bagi sikit jek IC..Tunku(Tunku Abdul Rahman) bagi lagi banyak!
Pulak dah!!!!
Jadi memang betullah cerita2 yang berduyun2 pengundi2 yang entah dari mana datang mengundi tu..ish..ish..ish...ingatkan kisah dongeng! 

Jadi..

Rasa-rasanya macam betullah ya..Daftar SPR memang tak bersih..
Tapi..SABAH tu jauh bah..entah betul entah tidak..
Aku dulu pun tak berapa nak percaya…

Sehinggalah...

Kali ni..aku jumpa kes yang betul2 dekat dengan aku…Anak murid aku sendiri..Yang selalu aku tolong..aku ajar..macam mana nak guna PC..macam mana nak guna Internet..
Dari tak tau..dia balik rumah..cek sendiri..alih2 dia tengok, tiba-tiba jek dia ‘ditukarkan’ tempat mengundinya ke dun lain atau senang cerita, alamat dia bertukar dan dia akan mengundi di tempat baru.

Aku Tanya dia, pernah ke dia tukar alamat ic dia?Dia kata tak pernah pulak, selama ini dah dua kali dia mengundi tempat yang sama, alih-alih kena tukar. Dan dia takut nak pergi mengundi tempat baru, sebab bimbang orang kata dia pengundi hantu..sebab orang kawasan tu tak pernah tengok dan kenal dia..jadi ada kemungkinan dia akan di cop sebagai pengundi hantu.

Kesian pulak aku dekat dia…Tapi nasihat aku..untuk siapa2 yang ditukarkan tempat mengundi..nak tukar balik alamat memang mustahil..memang tak sempat..jadi yang boleh dibuat..pergilah mengundi kat tempat yang baru tu.. InsyaAllah..tak ada apa-apa yang akan jadi..

Okay..aku buat research sikit..macam manakah untuk membolehkan seseorang itu bertukar tempat mengundinya..Menurut laman web SPR..

10
Q:
Apakah prosedur bagi pemilih berdaftar membuat pertukaran alamat pusat mengundi dan di manakah urusan tersebut boleh dibuat?
A:
Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A.
Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos berkomputer sahaja.
11
Q:
Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pertukaran alamat pusat mengundi secara on-line?
A:
Setiap urusan permohonan pertukaran alamat pusat mengundi hendaklah dibuat oleh pemohon itu sendiri dengan mengisi Borang A seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Borang A itu hendaklah diserahkan di kaunter pendaftaran SPR ataupun kepada mana-mana Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR. Jika permohonan pertukaran alamat diterima secara on-line, pasti akan berlaku penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
12
Q:
Kenapakah SPR tidak boleh menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar secara automatik apabila seseorang itu telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan?


i) Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.
ii) Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

JADI ADALAH TIDAK SEMUDAH ITU UNTUK SESEORANG ITU MENUKARKAN TEMPAT MENGUNDINYA BEGITU SAHAJA...

Maka..sudah tentulah berlakunya fraud..kerana kes2 ini bukanlah kes terpencil..malahan sudah sentiasa berlaku...

Jadi...

Untuk yang belum menyemak status pengundian masing-masing..di alu2kanlah untuk menyemaknya...

SEBELUM TERLAMBAT!!

Ingat...

YOUR VOTE COUNTS!!!!

Tiada ulasan :