Rabu, 12 Jun 2013

Petisyen Pilihanraya Sudah Bermula...

Dan antara Dun nya ialah Dun Jelawat, Dun di mana aku salah seorang daripada puluhan ribu yang menjadi pemilih undi...yang  telah di menangi oleh Cikgu Azziz(PAS) dengan majoriti sebanyak 102.. beliau telah 2x mengalahkan Dato Ilias (BN)..iaitu sekali pada tahun 2008 dan sekali lagi pada PRU 13 yang lalu..

Antara alasan di beri...PAS menggunakan kata2 daripada Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Zahazan sebagai bahan kempen untuk memancing undi.. Memang betul apa yang UAI kata..yang benar tetap benar..Aku tak 
nampak apa2 kesalahan di sini..

Aku quote daripada kenyataan dalam akhbar

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.



Betul sangat lah tu..pengaruh tidak wajar memang tidak harus digunakan oleh sesiapapun..
Dan ingat-mengingatkan sesama Islam perkara yang benar itu apa agaknya?
Wajar atau tidak wajar?
 Atau mungkin gambar di bawah ini..artis-artis Korea yang seksi nak mampus..yang dipanggil untuk memeriahkan Hari Sejuta Belia..adalah "Wajar" bagi mereka untuk membentuk pemikiran..akhlak dan juga sikap para belia negara...

Dunia nak terbalik agaknya!


Aku kenal dengan kedua-dua calon bertanding di Dun Jelawat ini..
Cikgu Azziz ialah insan yang banyak membentuk pemikiran aku ke arah pemikiran yang lebih pragmatik..beliau tidak perlu menggunakan sekolah seperti yang selalu di gunakan Dato' Ilias yang sering memanggil para ibu bapa datang ke mesyuarat PIBG dan kemudiannya mereka2 yang hadir secara wajib ini(baca- paksaan) di pertontonkan dengan tayangan lucah sebagai bahan kempen 'wajar' mereka (barangkali pada hemat Dato' Ilias) selain telinga mereka hendaklah di dendangkan dengan makian dan cacian kepada bekas MB Kelantan, Nik Aziz..Padahal, PIBG..sekolah..atau apa sahaja institusi terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan, seharusnya menjadi medan untuk membincangkan idea-idea baru untuk membina masyarakat yang lebih bijaksana  dan juga lebih matang dalam berdepan dengan dunia hari ini..Namun tidak bagi Dato' Ilias..selagi mana ada peluang dan ruang yang me''wajar'kan dia untuk berkempen, sebaik mungkin akan di manfaatkan...Cikgu Azziz tidak memerlukan itu semua..beliau hanya perlu menunjukkan kepada penduduk di Dun Jelawat ini melalui sikap dan akhlaknya..dan rakyat Jelawat umumnya amat mengetahui akan kebenaran ini..

Cikgu Azziz tidak seperti Dato Ilias..yang memiliki perniagaan berjuta-juta transaksinya...Mungkin Cikgu Azziz tidak memiliki rumah besar seperti istana, tetapi sehabis mungkin beliau cuba untuk membantu rakyat Jelawat agar mereka dapat sama-sama merasai bantuan daripada kerajaan Negeri Kelantan tanpa adanya 'double standard' ataupun 'pilih bulu'..Kerna beliau sentiasa sedar bahawa jawatan itu bukanlah hadiah yang boleh diberi, jawatan itu bukanlah sedekah yang perlu di minta..Sebaliknya jawatan itu ialah ujian dari Dia...dan setiap insan didunia ini akan sentiasa di uji..

Aku percaya, walau apa pun yang akan putuskan.. Kebenaran akan sentiasa menang..
Jika tidak di dunia.
di akhirat
di sana

2 ulasan :

mama_onie berkata...

Kita mendoakan yg lebih baik utk kita semua

yana berkata...

aku kalau org2 politik ni buat apa2 yg berkaitan dgn pendidikan sbgi 'alat' diorang mmg hangin..aku x tau dkt bandar mcm mana..tp dekat kampung aku ni..mmg teruk..pembahagian duit kwamp(kump wang amanah pelajar miskin)..pemberian bantuan lain2..hatta tuisyen utk anak2 kampung ada double standard..kalau penyokong tegar UMNO..mudah dapat..even yg dapat tu aku tgk x susah mana.tp..kalau anak2 tu mak ayah dia sokong PAS..walau layak sekalipun..akan ada sahaja jalan utk tidak anak2 itu menerima bantuan tersebut..dan kalaupun di beri (terima kasih pd cikgu2 yg lbh kenal siapa yg layak/siapa yg x)..untuk menerimanya..ibubapa pelajar tersebut akan di panggil seorang demi seorang..naik atas pentas..diberi 'nasihat'..JANGAN LUPA TOLONG AMBO..itu kira baik..lagi teruk..semua ibubapa kena dgr ceramah politik maki memaki..tengok video lucah dlm dewan sekolah..walaupun dlm jemputan di surat tulis Mesyuarat pibg..dan sebagai manusia yang waras..aku rasa..semua tu..itulahyg sebenar2nya ..PENGARUH TIDAK WAJAR!