Isnin, 22 Julai 2013

Travelog Ramadan ; Edisi Gastronomi

Ke hadapan blog,
Awal Ramadan ini Yana, Adelia & Jasmeen di Johor Bahru. Yang lain tak dapat ikut, sebab kena pergi sekolah..Keempat-empat mereka yang harus bersekolah dan tak dapat ikut Mama balik kampung..yang ini gambar sewaktu kecil..cutenya lagi semuanya!!



Dan termasukt Incik Abang yang juga tk ikut Yana, kerana harus menyandang jawatan Mama sepanjang masa kami di Johor. Jadi, bertigalah kami musafir ke hujung Semenanjung...

Allah..bahagianya rasa di jiwa dapat menjejakkan kaki di bumi tanah tumpah sendiri. Tak terucap dengan kata2 perasaan yang ada dalam diri Yana ni bila nak sampai JB..rindu sangat dengan semuanya yang ada di Johor!

Sampai di JB dah pukul 11.. Perut berkeroncong minta di isi. dalam kepala Yana memang dah ada senarai apa nak makan bila dekat JB. Tanpa ditanya, laju Yana cakap dengan ibu n ayah, dah lama tak makan Mee Bandung orang Johor buat. Terusss..kami ke Kg. Pasir, salah satu tempat permainan Yana zaman kecik2 dulu. Ayah sorang jek yang turun, memandangkan si comel2 semua dah tidur, jadi sementara tunggu Mee Bandung 'Muar' tapi di jual di Kg.Pasir siap di bungkus, Yana pun macam biasa berborak dengan ibu..Macam2 laporan keluar, macam esok dah nak balik gayanya bercerita..Hehe...maklum, kami dua orang ni kalau dah bercakap..tak boleh berhenti..Lepas tu..Yana pun mengimbau kenangan zaman sekolah dulu2 dekat Kg. Pasir ni..Selalu jek datang sini, walau rumah dekat Skudai, tapi SK Kg Pasir tu tempat lawan Netball kami dulu2..Yana pun ada kawan dekat sini..Widya Kartini, comel sangat orangnya..pandai pulak tu..dia anak penyanyi 70-80an dulu,M.Rizal..Yana pernahlah datang Birthday Party dia..Kebetulan rumah arwah makcik dia dengan rumah Yana dekat, jadi sampailah sekarang ni masih lagi in-touch. Bus stop sebelah Shell tu pun legend jugak, tempat transit Yana dari zaman on-off pergi rumah makcik2 dekat Tmn Cempaka sampailah Yana kerja masa semester break dekat Plaza Angsana tahun 1998 dulu. Senyum sorang2 dalam kereta ingat semua tu! Tiba-tiba rasa esok nak naik bas, saja nak feel tertunggu2 bas datang, bayar tiketdekat pakcik driver, dah berapa tahun ek tak buatmacam tu?Rasanya dah nak dekat 15 tahun kot! Tapi lepas ni akan selalu jek kot ke Kg Pasir ni..maklum Ibu tak lama lagi nak berbesan dengan orang kampung ni..jadi Yana boleh jek nak merealisasikan impian transit down memory lane tu..:)


Hari pertama puasa, ibu buat sambal ikan bilis  + kacang tanah dia yang masyur tu..masyur Yana kata sebab sambal tu pernah di import ke Australia dulu2..sebab orang yang suruh buat tu kata sambal  tumis ibu, bukan jek sedap..tapi paling penting tahan lama! A.a..masa zaman2 duduk sek sains, kolej mara, dgn uum pun ibu selalu jek bekalkn untuk Yana..Sama jugak masaAbang, Uda, Siti dengan Mizi duduk belajar, kerja, pun Ibu buatkan jugak untuk setiap anak2 dia sambal masyur dia tu. Dan oleh kerana sedap sangat, tak sampai seminggu dah habis kena pulun dengan dengan roommate Yana!


Hari kedua, Laksa Johor, pertama kalinya dalam sejarah Yana cuba untuk masak Laksa Johor..sebab selama ni Yana tak berapa suka dengan Laksa Johor. Tapi sebab sekarang dah merantau, jadi bila rindu, teringin pulak nak makan Laksa Johor, nak buat tak pandai..hehehe..itulah..Ibu masak dulu..tak nak tengok..Taklah susah sangat..blender segala macam bahan, campak2 dalam periuk, tunggu gelegak..dah boleh makan..Cuma remehlah sikit..nak buang isi ikan..potong sayur..InshaAllah..boleh buat dah ni dekat Kelantan..

Yana buat jugak Puding Gula Hangus (PDH) ..cuma tak letak telur..sebab Ibu kena kurangkan makan telur..untuk Puding Gula Hangus..puding Yana terkeras sikit..sebab biasanya PDH akan lembek..jadi Yana rasa sebenarnya Yana dah masak Agar2 Gula Hangus sebenarnya! Resepi Yana dapat dari Lina PG..kebetulan blogwalking..terjumpa blog dia ni..Yana suka blog dia..dia selalu bagi resepi yang senang untuk golongan tak pandai masak macam Yana ni ..hehe..Thanx again LinaPG!

Apalagi ya..Yana dapat jugak makan botok-botok, ikan tenggiri disalut dengan daun-dan berempah, yang ini tak buat, beli jek, Ayah belikan dekat Tmn Bukit Alif, Ibunda botok2..tapi kecewa sikit..bungkus dia punyalAh tebal..isinya..cinonet!Inflasi..inflasi..Apapun rasa masih lagi sedap, cuma kalau boleh Ibunda ni kena tambahkan sikit rempahnya ya..ikan sikit tu ok lagi rasanya..kami
faham..ikan dah mahal..cuma rempah tu biarlah bnyak sikit ya..hehehe..Kalau tambah harga sikit pun
takpe rasanya..asalkan isi dalamnya tu tergamaklah kalau nak buat makan dengan nasi..janganlah sejemput sangat!

Dah lama tak makan Rojak petis, cucur udang, puding kastard favourite ibu, syukur dapat merasa semua tu..Yana ada masak asam pedas Johor, tapi gagal..sebab Ibu kata luaran nampak Johor style, tapi rasa apasal manis sikit..dah ala Kelate dah ni! Hehehe...itu Yanalah tu..orang Johor..tapi bila bercakap..dah banyak dah vocab Johor yang hilang, vocab Kelantan banyaklah! Hehe..

Singgah rumah Maria, adik ipar pulak, dia masakkan blueberry cheesetart..memang pandai betul adik ipar Yana ini bercheese tart bagai..Kakak ipar dia kena pergi kursus dengan dia ni..:)

Bila dekat dapur masa masak2 dengan ibu, punyalah berangan nak bawak balik tempelah, botok2lah, nak beli udang kering Johor banyak2 nak buat stok dekat Kelantan nanti, akhirnya..semua tak bawak balik pun, sebab hari terakhir dekat Jb, berjalan sakan dekat Jb..yang itu nanti Yana tulis dalam entry berikutnya ya..Kembara Ukhwah pulak..Untuk kali ini saja...Selamat berbuka ya...untuk yang jauh di seberang benua..Selamat Bersahur..
























2 ulasan :

mikamusz berkata...

mesti rindu lagi nak balik Johor kan Yana? Nanti raya balik tak?

yana berkata...

Tak usah ditanya..rindu laaa...InshaAllah Musz..