Rabu, 17 Julai 2013

Travelog Yana : Ramadhan 1434 Hijrah

Secebis Kisah Ramadhan 1434 Hijrah..

Satu hari setelah selesai iftar, Ammar bertanya :

Mama dengan Papa dulu kawan-kawan ya?

Mama menjawab :

Kami dulu2 tak 'kawan-kawan', we're strangers. Tapi ditakdirkan berjumpa dan akhirnya jatuh cinta. Kawan-kawan macam Ammar dengan Sasha. (Sasha - peminat Ammar dari kindy lagi,tapi Ammar kan tak faham lagi,jadi bila sebut nama Sasha,mulalah mengamuk tak tentu pasal..hehe)

Ammar menjerit!! :

Haaa...Ammar tak nak kahwin dengan Sasha!

Mama menyambung :

Mama tak cakap Ammar kena kahwin dengan Sasha, tapi Ammar berkawan dengan Sasha kan? Ammar sekelas dengan dia, belajar sama-sama, masuk pertandingan nyanyi2 sama2, main sekali, kadang2 bergaduh. Itulah maksudnya kawan-kawan.

Lega Ammar menjawab :

Ohhh...nasib baik..Ammar memang kawan dengan Sasha, tapi Ammar tak nak kahwin dengan dia!

Ammar tanya lagi :

Habis tu macam mana Mama dengan Papa boleh kahwin kalau tak kawan-kawan (kenal)?

Mama :

Itulah di namakan jodoh, jodoh dari langit. Dua orang yang saling tidak mengenali, tiba-tiba mata bertentangan mata, dan dari mata, jatuhlah ke hati. Barulah Mama dengan Papa kahwin.

Ammar :

Ohhh....(panjang ohhh dia...)

Mama :

Jodoh ini semua rahsia Allah. Mama dulu2 tak suka dengan orang Kelantan, benci sangat tapi masa mula2 Mama jumpa dengan Papa, Mama tak tahu pun Papa ni orang Kelantan. Mama tak kenal pun siapa Papa, dia asal dari mana, nama Papa pun sebulan lepas Mama jumpa Papa, baru Mama tahu. Ammar, apa yang kita tak suka mungkin akan jadi kesukaan malah kesayangan kita kemudian. Sama jugak dengan apa yang kita suka sekarang, mungkin akan jadi sesuatu yang kita akan benci di kemudian hari.

Macam Ammar dengan Sasha. Sekarang ini Ammar tak suka dia, siapa tahu, kuasa Allah, entah2 esok2 bila Ammar dah besar, Ammar kahwin dengan dia!

Ammar menjerit lagi!!!!

Mama!!! Ammar tak suka Sasha lah!!!

Dari Hati Yana..

 Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, adakah ia hari yang cerah, mendung, atau adakah hujan serta ribut bakal melanda. Dengan siapakah kita akan bertemu, berpisah, bersahabat, mahupun bermusuh. Bilakah saatnya kita sakit dan akhirnya menempuh sakaratul maut. Jodoh dan ajal, apa sahaja namanya ketentuan hari mendatang itu semuanya rahsia Allah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi insan yang baik, bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga kepada yang lain. InshaAllah, andainya bahagian itu telah kita sempurnakan, kelak kita akan mampu melalui hari mendatang dengan tenang dan yakin. Ya Allah, ku mohon, permudahkanlah urusan kami semua, dunia dan akhirat.

Al- Fatihah buat mereka2 yang tiidak sempat menyambut Ramadhan1434 H ini, arwah M.Ngoh (antara orang2 Kampung yang Yana rapat) & 3 hero Kak Syikin,  arwah Muhammad Zulhilmi Aziz,  Muhammad Syahmi, (Angah), dan arwah Muhammad Irfan Syahmi, (baby) (ketiga2nya telah kembali menemui pencipta mereka tanggal 16 Jun yang lepas). Setiap yang berlaku adalah rahsia Ilahi, Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualahkita kembali.

Di bawah ini ada Yana letak entry tahun lepas,Yana ada cerita tentang arwah Mok Ngoh, Yana copy-pastekan sekali lagi untuk bacaan semua. Allah, tempatkanlah Mok Ngoh di kalangan orang2 yang beriman, dan jauhkanlah dia dari seksaan kubur. Kebaikan Mok Ngoh tidak akan pernah kami lupa..


Selamat Berpuasa Semua

p/s Untuk yang rindu Yana, Ammar dan yang lain2...nantikan kami pada Ogos ini, inshaAllah di TV3.


(Kenangan bersama arwah Mok Ngoh) - Ramadhan 1433H



Ini kisah Ammar, tradisi di surau kampung, andai ada musim buah, di bawanya buah tersebut, tak kira buah durian, rambutan, salak dan sebagainya, di letak di surau, dan setelah selesai solat berjemaah, masing-masing bebas untuk makan, tak perlu di tanya, ya..boleh makan sahaja. Selesai Tarawikh hari kedua, ada hamba Allah meletakkan buah salak, semuanya ambil, Alia, Angah, Eca, kecuali Ammar, jadi dalam kereta, mesti ada yang tak cukup buahnya kan! Berebutlah Ammar dengan Eca, Eca cekup Ammar, menangis dia, Eca pun menangis jugak, sebab dua-dua kena marah bergaduh sebab buah salak. Saya suruh Angah ambil lagi satu, tapi Ammar menangis lagi, sedih agaknya kena marah, kena cubit lagi dengan saya sebab bergaduh dengan adik dia.

Tiba-tiba..telefon Papa berbunyi, Mok Ngoh jiran sekampung telefon ajak makan durian dekat rumah dia, dia pun ada dekat surau tadi, teringat dekat kami anak beranak, diajaknya ke rumah, anak2 dengan cucu dia banyak dekat KL. Sekali lagi..nak bergenang air mata saya..berebutkan buah salak yang kecik, tapi sesungguhnya rezeki anak kecil ini semuanya amat murah malam ini, Dia mendengar rintihan Ammar yang baru sudah selesaikan solat tarawikhnya, sebiji salak di ganti dengan berbiji-biji durian rumah Mok Ngoh, bukan setakat makan di situ, Mok Ngoh bekalkan pulak berbiji-biji lagi durian di suruhnya masuk dalam boot kereta kami.

Sekian, itulah secebis kisah Ramadhan 1433Hijrah kami...W.A...


7 ulasan :

mama_onie berkata...

Wah slot apa tu kat TV3?... mesti tonton!
Salam Ramadhan Yana....

mikamusz berkata...

Semoga Rohnya tenang di sana..

ppssttt.. keluar TV ke?? biler tu?

yana berkata...

Zam..slot menginsafi diri..Salam Ramadan to u too...

Musz...Amin..Lepas raya inshaAllah..

yana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Noor Diana Tumpang berkata...

yana...org sempat tgk sket jer...sedih gak

yana berkata...

sedih sgttttt!!!
before shooting,org msk bilik arwah anak2 yg terpilih,nampak baju masih lg tersusun elok,beg2 sekolah,mcm baru lepas blk dr sekolah,keadaan msh mcm dulu..x ada perubahan,mungkin maknya masih ingin berada dlm kenangan itu,org mmg sebak,tp kena tahan sbb dlm tu mana blh nangis,itu event b4 kejadian