Ahad, 4 Ogos 2013

Travelog Yana : Kisah & Tauladan

Akhir2 ini Yana sering sensitif, mudah, terlalu mudah sebenarnya untuk air mata ini mengalir. Semalam, dalam perjalanan pulang ke rumah, ada sebuah MPV bernombor plet Melaka memotong kereta Yana, entah secara tiba2 rasa sebak serta merta hadir dalam diri.Sebabnya, didalam MPV itu Yana lihat sebuah keluarga yang lebih kurang sama dengan keluarga Yana, keadaan dalam kereta yang memang meriah dengan karenah anak2, beserta dengan barang2 yang banyak, yang adalah sangat mudah unruk di teka, bahawa keluarga itu sedang dalam perjalanan mereka pulang ke kampung halaman. Dan..airmata ini amat mudah mengalir, kerna seringkali itulah keadaannya kami, bermusafir di bulan Ramadan, satu keluarga menuju ke selatan Semenanjung, sarat kereta bukan sahaja dengan anak2...malah barang sahaja, Incik Abang bilang sudah boleh ke Mekah sebulan! 

Maka berdendanglah dalam kepala lagu raya dendangan Mamat Exist ini...
Duhai bonda..duhai ayahanda..dengarlah rayuan anakanda yang jauh di mata...


Tahun ini kami beraya di sini, makanya awal Ramadhan yang lepas sebenarnya Yana dahpun pulang ke Johor, dan akan ke Johor semula, untuk majlis perkahwinan adik yang bongsu, tetapi selepas raya, namun kepulangan itu sememangnya tidak sama dengan kepulangan di hari raya..moodnya jauh berbeza..

Tapi itu semalam, hari ini nampak lagi banyak kereta2 plet daripada luar dalam kampung Yana ini, nampak diri Yana dah boleh terima, inshaAllah dah tak mengalir air mata lagi untuk bab2 perantau ini lagi...:) 

 Ya betul, Yana sudah tidak lagi cengeng hari ini bila terkenangkan diri sebagai perantau di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini, namun, untuk kisah2 masyarakat lain pula, sekali lagi, air mata ini tumpah lagi terkesan dengan betapa di kala kita merasakan diri ini tidak ada kemampuan untuk berdepan dengan pelbagai ujian yang datang menimpa,rupa2nya di sana, masih ada lagi insan2 lain yang lebih berat ujian yang diterima mereka. 

 Kebetulan sewaktu membuka youtube untuk Min Min menonton rancangan Upin Ipin favouritenya itu, mata tertarik untuk menonton sebuah cerita pendek bertajuk Kasut Buruk, yang mengisahkan kesusahan anak kecil di Sabah dalam usaha mereka untuk menuntut ilmu. Betapa meruntunnya hati Yana melihat, bagaimana sepasang uniform sekolah itu perlu dikongsi dua beradik, yang mana seorangnya di sessi pagi, seorang di sessi petang. Dek kerna harus menunggu adik, si abang sering di denda guru kerana sering lewat ke sekolah. Dan akibat penggunaan yang terlalu lasak, kerana harus digunakan sepanjang hari, kasut mereka menjadi terlalu buruk, terkoyak di sana sini, warna hitam usaha di cerita, jika anak2 Yana mungkin sudah di tukar yang baru! Tetapi, kesempitan hidup mereka menyebabkan mereka bertahan dengan apa yang ada, namun yang penting, keazaman untuk mencari ilmu, tidak pernah menjadikan kekurangan itu alasan untuk mereka ketinggalan dalam pelajaran. 

Dua kali Yana menonton cerita pendek tersebut, kali pertama tanpa audio, pc Yana rosak, kali kedua menontonnya sekali lagi di PC lain, dan untuk kedua-dua tontonan itu, sungguh air mata ini tidak mampu di tahan lagi, dan di sini, Yana letakkan cerita pendek tersebut, dan moga dapatlah kita semua berfikir sejenak, mengambil iktibar, dan akhirnya dapat kita berfikir apakah sumbangan yang dapat kita sebagai rakyat di bumi Malaysia ini berikan, agar kelak tidak akan ada lagi kisah2 menyayat hati seperti ini lagi. Mungkin kita tidak mampu untuk memberikan sumbangan wang ringgit yang besar jumlahnya, namun, pasti ada sesuatu mampu kita lakukan untuk membela nasib golongan marhaen seperti mereka ini. WA.

p/s Kisah ini jalan ceritanya ada sedikit sama dengan filem Children Of Heaven dari Iran, namun sebenarnya, kisah ini ada di mana-mana, ia ada di Johor, ada di Kelantan, ada di Kuala Lumpur, ada di mana-mana tempat di muka bumi ini, termasuklah di Sabah..




4 ulasan :

mama_onie berkata...

Kita berdua ni tertekan button mode sayu kot... sama cam kita Yana akhir2 ni asyik mudah benor nak menitik ayer mata... dah boleh jadi neng yatimah kot - ratu ayer mata..
Anyway jangan sedih2 ye mama... beraya di mana pun sama yang penting ingatan kita pada bonda dan keluarga x hilang...

greetingsfromengland berkata...

salam yana, iklan 'kasut buruk' tu is just too too sad, I cried instantly whilst watching! thank you for sharing. wishing you and beloved family selamat hari raya aidilfitri, take good care!

mikamusz berkata...

Yana.. semoga tabah beraya diperantuan.....

yana berkata...

Zam, my mood bagai yoyo..kdg2 jd roller coaster pun ada..tp skrg ni dah tenang..Thx anyway..have a blessed Eid!

Sis Rosa,
You're welcome sis, I'm just doing my bit for the society,it's heartbreaking to see children like them become the victim of poverty, Allah permudahkanlah urusan anak2 ini dunia & akhirat..Happy Hari Raya to you too..semoga semua amalan kita diterima, TAke Care..

Musz,
thx..Selamat HAri Raya..