Isnin, 26 Ogos 2013

Travelog Yana : Syawal 1434H

Salam, sorry for the long silence, Bukan tak tahu nak tulis apa, I just don't have the heart to write anything, asyik teringat our brothers & sisters dekat Syria & Mesir. Anak2 kecil, beraya macam-mana tengah2 chaos and madness. Sedih kan? Namun, Syawal tetap kami rai, terpenting sekali ingatan serta doa buat mereka2 di sana yang tidak bernasib baik, akan sentiasa dalam diri ini..Tahun ini kami di Kelantan, rasanya sudah 3 tahun berturut raya di Kelantan. Sedih? Rasanya tak perlu di cerita, ia satu perasaan yang hanya perantau sahaja yang faham. Tapi Yana boleh terima, Syawal di manapun ianya tetap sama, andai benar kita hayati erti sebuah kemenangan itu.

Cerita raya kami? Seperti biasa, lepas solat raya, makan beramai-ramai, dan sementara tunggu bersiap2 nak ke rumah in law, akan ada sesi family-jamming, jadi Yana mintak Incik Abang bawa lagu Salam Dunia, M.Nasir, sebabnya lagu ini mesejnya jelas, dan punya kaitan dengan apa yang berlaku kini. ..Entah kenapa, hati Yana kali ini jadi terlalu sensitif. Nak marah pun ada. Tengok gambar baby, anak2 kecil, di Syria bergelimpangan, khabarnya kesan senjata nuklear.

Dan, perlahan, terlalu perlahan sebenarnya, PBB, Amerika dan kuasa2 besar lain bertindak. Hatta di Mesir sekalipun, dunia Islam, Arab Saudi malah Emiriyah Arab Bersatu, UAE dan gerombolan yang lain, bersatu, menyokong ke arah menjatuhkan pimpinan Ikhwanul Muslimin. Dimanakah logik akal di letakkan? Bumi Arab Saudi, tempat di mana letaknya Mekah, kiblat umat Islam seluruh dunia, tetapi hakikat sebenar pimpinan mereka memberikan bantuan sebanyak 5 billion untuk membantu tentera Mesir di bawah pimpinan al-Sisi menjatuhkan Mursi, manakala UAE pula dengan rela hati menawarkan 3 billion. WoWWW!!!

Kenapakah dan mengapakah terjadinya begitu?

Jawapannya mudah, teramat mudah, bimbang semangat Ikhwanul Muslimin itu merebak ke negara masing2,maka akan runtuhlah kuasa mereka itu, hilang kuasa,
maka hilanglah segala-galanya.

Rujuk di sini, untuk cerita lanjut, tentang 'bantuan' diberikan.

Dan, yang ini, terbaik sekali, Hosni Mubarak di bebaskan.

WAlhal, tidak sedarkah semua, setelah Mursi menjadi pemimpin baru Mesir, yang dipilih melalui proses demokrasi, (ya, suara rakyat yang memberinya peluang, bukannya melalui rampasan kuasa,) sempadan Gaza yang selama ini di tutup, akhirnya di buka, baca sekali lagi, BUKA, maka, hidup di Gaza bertemu sinarnya, dan siapakah yang paling ketakutan ketika ini? Israellah jawabnya, maka, digunakanlah segala proksi yang ada, yang besar sekali Amerika, dan keluarlah kenyataan dari Obama ini..

Statement by President Barack Obama on Egypt

Serasa ingin menyanyi Apokalips..Apokalips..

1,2,3 Do Re Mi..apa nak jadi Alif , Ba, Ta, ABC

Apa nak jadi, akan terjadi

Hujan Pasti Berhenti..

Ya..untuk saudara2ku di Mesir & Syria, inshaAllah hujan pasti berhenti..

Para sahabat Yana semua, andainya benar kita menyokong sahabat2 kita di Mesir, di Syria dan di mana sahaja umat Islam di tindas, maka, inilah saatnya kita melengkapkan diri kita dengan ilmu. Ya, kita mungkin tidak mampu untuk meletakkan diri kita untuk sama-sama berjuang dengan mereka di sana, tetapi dengan ilmu, sedarlah, sebenarnya kita mampu untuk merubah keadaan ini. . Carilah dan bacalah kisah-kisah, tentang siapakah Hassan al-Banna, siapakah dia Syed Al-Qutb, kemudian buatlah kajian, dengan apakah yang sedang terjadi di dalam dunia Islam kini. Dan kemudiannya, usahalah untuk mencari kebenarannya, sehingga seterusnya sampaikanlah mesej itu dalam bentuk apapun. Ianya mungkin mengambil masa yang lama, namun, yang nyata, hasilnya pasti akan tiba jua. InshaAllah

Slowly, but surely

Untuk semua..di manapun keberadaannya,

Salam Dunia, Yana titipkan

Salam Dunia

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

( 1 )
Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

( 2 )
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

( 3 )
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

( ulang 1, 3 )

Inilah hari kita oh...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-salam-dunia-m-nasir.html#ixzz2crm55t2h


My Incik Abang ... Salam Dunia from us all..:)


Secebis Kisah Syawal Yana & Keluarga



Anak2 dan Incik Abang sebelum ke Masjid untuk solat raya


My signature di pagi raya..dari zaman budak2 sampai anak 6! Pagi raya baru nak sembat lengan baju!


Yana cuma masak rendang & nasi impit, anak2 & Incik Abang puji sedap!


Yana sedekah rendang untuk jiran, di balasnya dengan ketupat palas! 


Yana beli dodol


Tempah tapai


Sebab..rasa raya di Kelantan tak sah, tanpa ketupat & tapai!
Teringat masa mula2 raya dekat Kelantan, agak shock, tengok pagi2 raya dihidang ketupat & tapai..Ialah dekat Johor, rendang, nasi Minyak, kuih raya macam2 jenis..tiba2 dekat Kelantan, tak ada..pelik juga! BIasanya rumah arwah Mok Ngoh (al-Fatihah) ada semua tu, tapi, lama kelamaan Yana rasa ia menarik, dan itulah yang membezakan sambutan di antara setiap negeri. Dan tahun ini Mok Ngoh dah tak ada, Yana rasa rindu nak tengok atas meja ada Ketupat & Tapai..Alhamdulillah..Incik Abang sediakan semuanya..Syukur


Adelia


Satu keluarga di rumah in-law


Anak dara Yana dah besar!


Raya ke-2, jiran2 datang..


Bersiap nak beraya cara kampung!


Sahabat Yana, jemput kami beraya di rumahnya, penat dengan rendang, ketupat, tapai dll..Disini, bertemu dengan durian, jambu dan buah kundang!


Dan menu istimewa..Otak Lembu Masak LEmal Cili Api..Petai JEruk!


Yana bawa juga anak2 sedara dari KL, beraya gaya kampung..Permainan pertama..Main guli!






Permainan kedua, Galah PAnjang..di Johor..Yana panggil Belon-Aca..di Kelantan..Coh??


Cantik bukan pemandangan dari sini..Berlatarbelakangkan sawah padi


BErmain di teduh pohon kayu



Di akhiri dengan naik mesin pembajak..di KElantan di panggil..
Kete Galer




Sekian, kisah raya Yana..

6 ulasan :

mama_onie berkata...

Bestnya budak budak boleh explore mcm mcm..

ayu diana berkata...

selamat hari raya yana.... rinduuu kat ko!!!

ayu diana berkata...

selamat hari raya yana!! maaf zahir batin!! rindduuu ko

ayu diana berkata...

selamat hari raya yana.... rinduuu kat ko!!!

ayu diana berkata...

selamat hari raya yana..maaf zahir batin!!! rinddduuu ko

yana berkata...

Zam..u too can xp the same..inshaAllah

Ayu Diana..aku tau hang rindu kat aku..sampai 4 kali ko republish comment tu kan..hehe..dan still aku nak publish 4-4 gak..sbb aku pun rindu dgn ko..angin sejuk dkt sana ingatkan ko kat aku ek?