Khamis, 10 Oktober 2013

Demam dan bunga!

Sekejapan dah Khamis, dirumuskan, pada keseluruhannya hari ini cuaca mendung, sebelah petang selalunya hujan, dah nak masuk musim tengkujuh, macam inilah gayanya saban hari.  Lepas jek balik dari library khatamkan buku Growing Roses, punyalah semangat buat tapak untuk Taman Ros Impian Yana! Walau tak besar mana kawasannya, lebih kurang 6x8 persegi jek, tapi ground work bukan kerja mudah, mula2 Yana cabut sendiri semua rumput-rumput tu, lepas tu mula mencangkul tanah, dengan harapan nak menghapuskan semua bendasing dan segala macam mikroorganisma tidak dikehendaki sebelum Yana rancang dalam 2-3 hari selepasnya Yana nak letak tanah-tanah baru, nak buat tapak semaian yang fresh! Kita hanya merancang, Tuhan menentukan, kerja sejam jek, demam dah 2 minggu, demam urat! Alahai tangan Yana lembut sangat kot, urat2 pun manja, asyik pegang keyboard jek, tup tup pegang cangkul, demam!

Walau tuannya demam, bunga-bunganya masih mau berbunga, dan Yana cakap dengan Incik Abang, bila Yana demam, segala apa semua tak larat nak buat,tapi, 2 perkara ni, walau demam, tetap gagahkan diri jugak. Bunga dan buku! Bila dah dikelilingi dengan kedua-dua perkara ini, segarnya rasa, hilang sekejap rasa sakit, kalau ada masalah pun boleh terlupa, inilah orang kata bila hobi bertukar jadi passion kot!

Ini antara gambar-gambar yang sempat Yana ambil, dan sebelum tengok bunga, pakai tudung baru,seseorang hadiahkan, tudung labuh! First time Yana pakai tau!Bila tengok, dah lain pulak muka Yana kan...



Bunga Jasmin / Melati ini pertama kali berbunga, setelah 1 tahun setengah Yana dapat dari seseorang,Yana minta Incik Abang pindahkan ke pasu lebih besar,nampak lebih selesa,Alhamdulillah,berbunga jua..



Yana tak tau nama bunga ini apa, tapi bila anak2 tanya, Yana cakap bunga rama-rama, Yana mintak dari mak mertua,Alhamdulillah mahu hidup dilaman Yana!


Antara Ros Kampung Putih yang Yana semai 1/2 bulan lepas, dah berbunga!


Ros dari Cameron Highland, setelah dipindahkan ke pasu dan persekitaran baru, bimbang juga tak mahu hidup di cuaca panas, akhirnya, berbunga yang baru!

Dibawah ini Yana selitkan sepanjang proses Yana tukarkan tapak ros ini..dengan pembantu Yana,,
 Adelia..memang rajin menolong..pantang Mama dengan bunga..terus dia tolong..:)






Inilah rupanya yang asal dari Cameron..



Ros Oren juga dari Cameron, dah berbunga baru selepas Yana tukarkan pasu dan prune.. 


Ros Merah baru nak berputik..

Dan bunga-bunga di bawah ini bukan dari laman Yana, dari rumah Mak Mertua, rajin, Yana akan petik bunga-bunga klasik ini..MAsih alam proses untuk cuba menanam ia, setakat ini yang berjaya, Melur dan Tikar Seladang, manakala yang selebihnya, masih diusahakan...

Antara yang YAna selalu petik buat wangian semulajadi dalam bilik kami di rumah, Cempaka, Cempaka Bangkok dan Cempaka Telur (Magnolia)


Ini namanya Cempaka..



INi Cempaka Bangkok..wangi..seakan-akan bau Issey Miyaki..Vanilla..
Tapi bunga ini lain sedikit, walau dah berbunga,ada masa-masa tertenta sahaja dia berbau, ada warnanya juga yang menandakan dia akan berbau,jadi,sebelum petik,kena cium dulu!


Ini..Hydrangea..yang Yana punya baru disemai..nak tunggu berbunga..entah ..Yang ini dari rumah mertua


Yang ini selalu di petik Yana..Cempaka ..Melur...Manggis..dimakan!




2 ulasan :

mikamusz berkata...

seronoknya Yana banyak rumah.. kalau datang rumah aku ni.. daun bunga pun tak nampak... tangan tak berseni.. teringin nak tanam tapi tak pandai jaga.. tapi nanti tetap nak ada jugak... kuatkan semangat kita ok..

yana berkata...

Musz..senang sebenarnya nak tanam..inshallah Yana berkesempatan Yana cuba buat posting cara2 menanam ros..gambar2 dah ada dah ni!