Isnin, 14 Oktober 2013

Ulasan buku : Anthem - Hlovate # Book Review

Anthem_Final03_Depan_web
Salam,

Esok Hari Raya Qurban,masing-masing di laman sosial sudah hangat menyampaikan salam,mengingatkan akan erti pengorbanan,Alhamdulillah.Bagi diri Yana,sekadar ingin berkongsi ulasan buku Anthem,karya Hlovate,penulis muda yang masih lagi misteri identitinya.Semoga dengan membaca buku ini,diri kita mampu untuk berkorban meninggalkan kenikmatan dunia yang sia-sia dan apatah lagi bertentangan dengan ajaran Islam,dan semoga dengan dekatnya diri dengan jalan yang benar kita akan lebih tenang hidup sementara menunggu hari yang pasti,Inshallah..

Walau hlovate telah menulis pelbagai buku sebelum ini, namun, Anthem, buku terbarunya, ialah buku pertama beliau yang saya baca.

Antara buku yang harus atau wajib dibaca untuk mereka-mereka yang ingin berubah daripada zaman 'lalai' menuju ke jalan lebih lurus. Gaya hlovate berdakwah begitu ringkas, ia ibarat, aplikasi dalam telefon, meringkaskan sesuatu pekerjaan, dengan beberapa kali ‘touch’ sahaja, hlovate pemudah cara! Hlovate berjaya memudahcarakan pengkisahan dakwah, dengan penuh style dan gaya yang updated seiring dengan pemikiran generasi kini. Dia menyindir, adakah Islam itu cukup dengan Hari Raya sahaja? Bersiap penuh tawaduk menyambut lebaran, mengadakan kenduri kesyukuran,tetapi amalan sebagai Islam banyak yang menyimpang, antaranya menutup aurat. Hari kebesaran, Hari Raya Idul Fitri mahupun Idul Adha di sambut meriah, tetapi, aurat masih lagi terdedah, sedangkan menutup aurat itu wajib hukumnya,bukan? 

Ataupun, ada yang sudah menutup aurat, Alhamdulillah, namun aurat pada kita hanya apabila outing sahaja, aurat sesama sepupu dan jiran tidak dijaga dan perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan hidup kita banyak yang  di tutup sebelah mata, jauh menyimpang dari Islam, kita bertudung, tetapi ber’couple’ ke sana ke mari (terkena lagi), ampunkan dosaku Ya Allah.  Atau adakah cukup menutup aurat itu dengan bertudung, sedangkan pakaian sebenarnya tidak cukup ruang untuk bernafas? Memakai legging, tudung yang jarang, berbaju lengan pendek, dan pelbagai lagi..(Terasa  lagi disitu!)Kata hlovate, is it the matter of wrapping or covering? Dan beramai-ramai terkena tak dekat situ? Ahh..benarlah, Islam kita banyak pada sambutan sahaja, tidak pada cara hidup, walhal, seharusnya, Islamlah seharusnya mencakupi segenap ruang hidup kita...

Permulaannya Anthem kelihatan agak serabut dengan nota-nota muzik,hlovate mengambil latar sekolah asrama penuh yang persekitarannya terlalu sempit untuk ruang sosial, berdiskusi dan sebagainya, ohh ia sememangnya terlalu tipikal! Bahagian tidak bertudung juga disentuh, perasaan menjadi ‘alienkerana menjadi seseorang yang ‘free hair’, dengan mata-mata yang memandang, Yana dapat merasakannya. Agak pelik, kisah disekolah hanya bahagian bermain band sahaja disentuh hlovate,kisah di asrama,bersama senior semuanya sepi.Mungkin hlovate cuba untuk tidak memikirkannya, agak sepi, ya, mungkin ada kebenarannya, sepi

Tetapi dipertengahannya, buku ini sudah menjadi 'page turner', ia bergerak dan terus bergerak, cuba untuk menunjukkan kita cara bagaimanakah untuk kita mencari 'cahaya' dan cara bagaimanakah untuk pendakwah mencari 'cara' mendekati dan menasihati yang lain agar kelak mereka akhirnya bertemu 'cahaya'. One thing at at time..dan.. there's always a first step in everything ..itulah pandangan hlovate!

Tegas Hlovate lagi, Islam bukan hanya milik lulusan Al-Azhar, bukan hanya milik yang bertudung labuh mahupun berjubah, ia milik semua. Hlovate turut memberi galakan bahawa,semua manusia di dunia berpeluang untuk berubah,walau sebesar mana kesalahan kita, everybody has a past
everybody lives a present,and everybody deserve a future. Cuma kata hlovate, if you feel ignorant and stupid, then find a way to learn, don't curse those who calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction. Much more satisfying than cursing them all the way to hell and back.


Perlu lebih banyak buku2 sebegini agar kita semua lebih dekat dengan Tuhan, dengan jalan yang lebih baik. Diakui, sebagai bukan pelajar lulusan agama, mentelaah buku2 dan kitab2 agama sebenarnya amat sukar, terutama sekali jika perterjemahnya pula menterjemah mengikut kefahaman dirinya sendiri, tidak mengambil kira akan  kefahaman khalayak yang akan membacanya. Didalam Anthem, hlovate mengambil sebuah karya Al-Maududi, Syahadatul Haq, yang begitu terkenal di dunia dakwah Islam, dan dia mencernakannya mengikut kaedah anak muda masa kini.
  
Menyaduri karyanya  dengan pilihan lagu2 yang kebanyakannya daripada Butterfingers(Viopipe),Creed(Human Clay), Guns n Roses dan kumpulan grunge lain, penampilan khas Jack Skellington dari The Nightmare Before Christmas, dan ada juga X-men dan Adamantiumnya, hlovate memang lain dari yang lain! Tidak ketinggallan, lagu ini, Heaven's Key, dari 786, liriknya sangat menyentuh hati! Ahh..hlovate memang global! Mungkin kelihatan pada awalnya janggal,tetapi,berjaya hlovate berdakwah menggunakan segala yang ada dekat dengan trend terkini,kemudian menyimpulkannya dengan style tersendiri.

Ilmu perbandingan hlovate sebenarnya begitu tinggi, dia gemar melihat sesuatu, menganalisis dan kemudian membuat kesimpulan, dengan caranya yang tersendiri. Bahagian terpenting dalam berdakwah! Antara yang epic bagi Yana dalam Anthem, khusus bagi peminat X-Men,yang terlalu taksub akan Wolverin,tetapi sebenarnya terselindung sesuatu yang lebih penting daripada susuk fizikalnya itu. Hlovate memberikan perbandingan bahawasanya iman kita sebagai Islam sebenar harus sekuat besi didalam tulang-temulang Wolverin, sekuat adamantium, tidak boleh dimusnahkan walau apa cabaran yang datang sekalipun!/

 Dan juga, jangan tak percaya, hlovate juga peminat Hindustan,(samalah kita) dan ada diselitkan lagu yang tersangatlah famous ini..Zendagi Ek Safar Hai SUhana..dan cuba fahami liriknya, Life is a wonderful Journey and no one knows what will happen in the future. She's so smart kan! She atau he? Tiada siapa yang tahu identity hlovate. Namun, saya rasa hlovate perempuan!

Dan, akhirnya setelah khatam membaca Anthem, bertemulah saya, apakah intipati sebenar buku ini. Satu persoalan di bangkitkan hlovate, apakah Anthem kita sebenarnya sebagai insan di muka bumi ini? Adakah Viopipe? Adakah Human Clay? Negaraku ? Heaven's Key? John Grisham? Tidak, sebagai  seorang Islam,kita mengucap  lafaz syahadah, kita mengaku Allah itu Tuhan satu-satunya yang disembah,tiada yang lain, dan kita juga mengakui  Nabi SAW itu pesuruhNya, itulah seharusnya Anthem kita. Pegangan hidup kita keseluruhannya. Maka, segala yang di suruh dan dilarang hendaklah di ikuti, bukanlah hanya mengambil separuh-separuh sahaja seperti yang terjadi pada hari ini. Hijrah dari kegelapan kepada kebenaran itu satu kewajipan, benar bukan? Dunia bukanlah selama-lamanya, akhirat kelak yang kekal abadi..Selamatlah semua dalam perjalanan menjejak ‘Anthem’ masing-masingInshallah, Amin.

p/s Dan terkini, karyanya terdahulu,Contengan Jalanan, menang anugerah buku pilihan Perpustakaan Negara Malaysia dan_RTM, dan tidak mustahil satu hari kelak hlovate mampu menjadi perintis kepada bangkitnya penulis berkarisma di nusantara ini!

Yana terjumpa dalam youtube,ada seseorang buatkan kompilasi novel2 Hlovate siap dengan quotenya sekali, setakat ini yang Yana pernah baca 2 sahaja, Anthem dan Aa & Bb, lepas ini teringin nak baca Contengan Jalanan, 5 Tahun 5 Bulan, Rooftop Rant dengan Versus! Wahh..banyaknya..kena kumpul duit la!

Untuk yang ingin baca bab awal Anthem,sehingga 50 mukasurat,boleh klik link di bawah ini

http://www.jemariseni.com/images/stories/AnthemHD_web0-6.pdf




Kesimpulannya, Anthem, a book worth reading! Boleh order di Jemari Seni Online...sebab dekat kedai2 buku selalunya sold out!

1 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

tapi mmg some novel hlovate byk mntion lots of notes of music.rsanya hlovate ad ltr blkg music artsy .