Sabtu, 16 April 2016

Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Buku ini Alia pilih sewaktu kami sekeluarga pergi ke Harrris, Jusco Tebrau pada Oktober tahun lepas. Sewaktu dia memilih buku ini, aku memandangnya dan bertanyakan adakah dia mampu membaca kesemua 366 cerita didalamnya? Nampaknya dalam masa dua bulan dia telahpun tamat membaca kesemua cerita yang terdapat didalamnya dan kini masih lagi mengulang membacanya. Bila ditanya mengapa? Seronok katanya. Apabila kami sekeluarga makan angin dan sampai di tempat dimana asal-usul tempat itu ada diceritakan didalam buku tersebut pasti dia akan berkongsi cerita yang telah dibacanya itu kepada semua. Kadangkala ada juga versi tempatan yang tidak dimasukkan didalam buku ini, maka aku dan suami ada juga berkongsi cerita untuk diketahui bersama kami sekeluarga.

Buat rakan-rakan sekalian, membaca buku ini mampu membawa kembali kenangan silam lalu dimana atuk dan nenek kita sering bercerita tentang hikayat zaman dahulu kala. Justeru, apa kata dapatkan sebuah dan ceritakanlah buat anak-anak anda, dan seandainya anak-anak telahpun pandai membaca sendiri, kongsikanlah pengalaman yang anda alami melalui penceritaan secara verbal melalui orang-orang tua dahulu dengan apa yang mereka baca didalam buku ini. Untuk menarik minat anak-anak membaca, apa kata anda baca dahulu satu atau dua cerita, kemudian bacakanlah untuk mereka dengan gaya penceritaan yang menarik sebelum mereka tidur. Terdapat juga lukisan-lukisan berwarna tentang sesuatu kisah itu yang dapat mengelakkan anak-anak daripada menjadi cepat bosan. Buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia yang telah dikarang oleh Othman Puteh & Aripin Said ini merangkumi cerita-cerita rakyat hampir seluruh negeri didalam negara kita termasuklah Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan :